Hai korang!
Harini dah 3Mei, 16 Mei ni dah nak puasa dah. Tetibe teringat tahun lepas pulak. Tahun lepas, aku ada kerja part time dekat kedai jualan barang perhiasan dalaman, dia jugak ada jual barang perkahwinan. Dah musim raya ni, mesti lah ramai orang yang nak beli bunga gubahan kan untuk naikkan seri rumah? Muehehehheheh. Nak cerita ni, tahun lepas dekat kedai aku kerja ni ada sediakan kelas gubahan bunga secara percuma untuk staff bagi menghadapi persediaan sebelum raya. Dan aku menjadi salah satu staff yang dipaksa dan terpaksa ikut kelas ni. Aku takminat pun sebenarnya bab gubah-gubah bunga ni. Takde naluri keperempuanan kononnya. Huhuhuhuhu.
Selepas beberapa hari aku jadi minah bunga dan sentiasa melekat dengan bunga, akhirnya aku memperoleh banyak ilmu baru dan lebih berkeyakinan untuk terima tempahan daripada pelanggan. Banyak jugak bunga kitorang gubah untuk raya tahun lepas. Bunga pun jalan laju weh! Rasa bangga pulak bila bunga hasil tangan sendiri ada dekat rumah orang! Hohohohhoho. Bawah ni aku tunjuk beberapa bunga yang aku gubah sepanjang kelas gubahan tahun lepas.
![]() |
Kelas Gubahan di PISB Ayer Hitam |
Best tau kelas gubahan ni, sebab apa? Sebab kita boleh pilih sendiri bunga apa yang kita nak guna! Feeling dia seolah-olah macam kita yang belanja sendiri bunga apa yang kita nak tanpa tengok harga. Hehehehehehe, sebab kita gubah untuk tujuan dijual je. Aku dikira beruntung jugak sebab terpilih untuk mengikuti kelas gubahan ni sebab aku ni staff baru yang baru je kerja taksampai setahun pun, tapi dapat pergi kelas ni, siap dapat sijil lagi tau. Haa, kawan-kawan lain yang dah lama kerja pun takdapat ikut kelas ni. Hari last kelas ni, kitorang kena buat ujian tau! Kitorang diberi masa dan diberi arahan untuk gubah bunga mengikut tema yang telah diberi. Haa, ni aku lupa aku kena buat apa. Kecik je ek aku gubah.
![]() |
Gubahan Last Kena Buat sebagai Ujian |
Lepas daripada kelas gubahan ni je, kitorang yang jaga bahagian bunga di PISB kena buat berpuluh-puluh bunga gubahan sampailah hari raya Aidilfitri. Lepak dia jangan cakaplah, dengan puasanya lagi, dengan karenah pelanggan yang cerewetnya, nak yang cantik tapi murah lah, itu lah, ini lah, entah apa-apa jelah ek pelanggan ni. Huhuuhuhuuhhu! Tapi aku suka, benda ni semua buat aku jadi lebih berpengalaman.
Masa puasa masatu, pehhh ramai betul yang minta buat gubahan bunga. Okay, first customer aku masatu aku ingat lagi, diorang datang satu family dari Johor Bahru. Haaa, kau bayangkanlah dah lah first time aku gubah sendiri depan customer, dan merupakan gubahan first aku buat untuk orang on time. Alhamdulillah, diorang semua baik-baik, sabar je tunggu gubahan bunga yang aku buat, menggigil-gigil tangan masa nak gubah tu tau! Sampai acik tu pun perasan aku agak menggelupur.
Artis pun ada jugak tau datang untuk gubah bunga dekat PISB ni. Aku pun takperasan awalnya dia tu artis, haaa sekali dah betul-betul depan aku, baru aku tahu dia artis. Hahahahaha, siapa ek? Anne Ngasri heh? Entah, aku pun tak berapa kenal sangat. Okay, bawah ni bunga yang aku gubah untuk dia. Haaa, bangga lagi sekali sebab gubahan bunga aku ada kat rumah artis. HAHHAHAAHAHAHH!
Okay, hari berlalu masa demi masa dan tibalah musim raya. Aku ingat hujung-hujung puasa je ramai yang datang, rupanya sampai seminggu raya pun masih ramai lagi yang minta buatkan gubahan bunga. Masatu raya kedua aku kerja, staff lain tak naik lagi. Cuma ada beberapa staff je yang cover bahagian bunga. Okay, ramai gila weh pelanggan! Takcukup tangan nak gubah weh. Satu customer sampai 3 gubahan, belum lagi yang minta gubahan kecil, ada yang sampai 10 gubahan tau. Lepaknya subhanallah! Tapi aku happy buat kerja ni sebab sepanjang aku gubah, takde pun pelanggan yang cerewet. Semuanya baik-baik. Hehehehehehe!
Gambar bawah ni antara staff-staff PISB dari semua outlet yang menyertai kelas gubahan bunga. Mana yang nak gubah bunga untuk raya, korang boleh pergi facebook PISB SDN BHD untuk mengetahui lebih lanjut. Korang like je page fb dia, nanti boleh dapat jadi member secara percuma. Jadi member ni untung tau! Dapat banyak harga promosi teutama time musim perayaan muncul. Macam promosi raya tahun lepas, gubahan bunga free tau, takde charge harga pun, pastu setiap barang yang korang beli tu, ada discount 5% lagi tau. Haaa, untungkan? Okay dah, itu je. Terima kasih baca!
No comments:
Post a Comment