Assalamualaikum semua!
Rasa macam dah lama tak menaip kat
sini. Muehehehe.
Kalini nak cerita pasal temasya yang baru-baru diadakan di
kolej kediaman kami.
3 hari yang lepas, Kolej Keris Mas telah menganjurkan
Temasya Gemilang Kolej Keris Mas bermula dari 23 Mac sehingga 25 Mac 2018.
Temasya tersebut dianjurkan secara besar-besaran. Beberapa artis telah dijemput
hadir. Antaranya termasuklah Syamsul Ghau-Ghau dalam forum Bicara Santai
“Cuit-cuit Cinta”, Mat Luthfi dalam Bual Bicara Santai pada hari kedua, dan
akhir sekali ialah Zamani, dalam persembahan artis di malam penutupan pada 25
Mac 2018. Temasya tersebut mendapat sambutan hangat bukan sahaja dari penduduk
kolej Keris Mas itu sahaja, malahan seluruh pelajar yang tinggal di kolej-kolej
dalam UKM. Banyak aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang tiga hari tersebut.
Okay, ni aku sediakan sekali dia punya tentatif sepanjang temasya masatu.
Banyak juga gerai-gerai menjual makanan pada hari tersebut.
Semuanya sedap-sedap! Harga dia pun okay sesuai dengan rasa dia. Hahahahaha!
Kedai jual pakain pun ada jugak. Hah, bawah ni gambar gerai-gerai yang jual
makanan. Yang jual pakaian, lupa pulak nak amek. Heheheheheh!. Nampak meriah
kan??
Haaaaa! Kalau nak tahu apa yang paling best sepanjang
temasya ni? Pada aku, RUMAH HANTU ni hahh yang paling best! Hahahahaha! Rumah
hantu ni dia buat dekat Blok 2 kolej kkm. Satu tiket RM 5, kitorang masatu masuk sekali
5 orang. Haaa, kena beratur panjang tau kalau nak masuk. Masatu kitorang tunggu
dari pukul 9 malam, beratur panjang. Hah, pukul 10:45 malam baru dapat masuk.
Dapat bayangkan tak betapa ramainya yang nak masuk? Okay, bila dah masuk, not
bad! Seronok weh! Apa taknya, kitorang kat dalam tu kemain lagi. Penat hantu tu
nak bawak watak seram, kitorang? Ketawa je lebih. Benda yang seram jadi lawak.
Hah ingat lagi, hantu pun ada yang ikut ketawa jugak masatu. Hahahaha! Tapi
apepun memang best! Pandai diorang nak tarik orang datang sini! Muehehehehe
okay dah nak cerita ini je. Huhuhuhuhu!
No comments:
Post a Comment