Assalamualaikum sekali lagi!
Kalini rasa macam rajin pulak nak sambung cerita pasal arwah
mak masatu.
Okay, kita sambung kisah masatu terus lah ek.
Malamtu, aku tidur awal kononnya kepenatan naik bas dari
ayer hitam ke Kuala Lumpur, then turun ke UKM semula. Masatu 4 September, pendaftaran
awal untuk subjek semester 1. Hah lagipun time tu, server down sebab ramai
sangat yang nak daftar subjek kan, aku nak sign in punya lah susah time tu. Aku
pun tidur jelah terus. Dalam pukul 1 pagi camtu, aku dah tidur. Okay, tengah
sedap2nya tidur, tetibe telefon berbunyi (aku pun taktahu sejak bila aku tak
silent telefon, sebab sebelum ni telefon aku memang silent je memanjang).
Tanpa tengok nama orang yang call tu, aku terus angkat
telefon tu dengan mamai-mamai nya aku jawab. HHAHAHAHAHAHA! Aku terkejut kenapa
dia cakap sambil menangis? Time ni aku tak ingat apa-apa pun, tak ingat pun mak
kat hospital.
“lin, kau katmana? Lin, mak dah takde. Mak dah meninggal
pukul 2 lebih tadi”
Haaaaaaaa, dapat bayangkan tak aku macam mana time tu? Ulang
kali aku Tanya kat adik, betulke? Betul ke mak takde? Aku dekat Bangi, mak kat
Batu Pahat, aku baru je balik dari ayer hitam. Hahahahahha, masatu aku Cuma terdiam,
aku nak nanges pun takboleh. Aku pun taktahu kenapa aku takboleh nak keluarkan
air mata tu. Taklama tu, aku kejut rumet aku, bagitahu yang mak dah takde. Dia pun
terkejut. Tapi masalahnya kenapa aku tak menangis terus masatu?
Taklama tu, adik ada amek gambar arwah mak. Dia cakap, betul
mak dah takde. Mak meninggal pukul 2:35 pagi. Hahhh, masatu lah aku baru start
menangis.
Okay, aku redha dan percaya mak dah dijemput Allah pagi tu.
Next, masatu masih awal sem lagi. Aku taktahu pun macamana
nak kemana-mana dalam universiti ni. Aku taktahu macam mana nak pergi ke TBS
pagi tu jugak. Bas macam mana? Tiket bas?
Aku terus chat Shuda, kawan satu sekolah dulu, dia pun
belajar dekat UKM. Dia pun taktahu. Cuma dia nasihatkan supaya aku contact
senior atau PC aku masa minggu MMM masatu, dia pun ada tolong checkan tiket. Tiket
paling awal 8 pagi. Okay, lepas dah chat akak senior tu, Alhamdulillah Allah
permudahkan. Senior tu pun memang nak ke tbs, jadi dia pun tumpangkan aku untuk
kesana.
Lepas tu, aku menanges tak henti henti. Aku contact semua
makcik pakcik family arwah bagitahu mak dah meninggal dunia. Taklupa jugak, aku
bagitahu dekat semua kengkawan aku. Hahahahahha tapi masatu pepagi buta, takde
sape weh yang layan aku. Memang meroyan lah aku time tu. Dekat dua tiga jam
nanges, aku tengok rumet aku tengah daftar subjek. Aku tengok dia boleh sign
in. Jadi, dengan tabahnya, aku pun ikut dia daftar time tu jugak. Aku berhenti
sekejap fikir pasal arwah mak. “ kalau aku terus nangis, aku bukan boleh dapat
apa. Ajal mak dah sampai. Ada masa ni, lebih baik aku daftar subjek dulu, sebab
nanti dah kat rumah, konfem taksempat”. Dalam sedih2 macamtu, aku sempat lagi
ek fikir pasal benda lain. Hahahahaha!
Okay, sampai pagi tu jugaklah aku taktidur. Aku solat subuh,
sesiap then tunggu akak senior tu untuk ke tbs. Tiket paling awal pukul 8. Aku fikir
sempat, rupanya ukm ke tbs amek masa setengah jam lebih, dalam 45 minit
macamtu. Then, sampailah ke tbs, aku dapat tiket bas 8:30 a.m. Bas pulak
delayed, 8:45 am aku baru naik bas. Hahahahahahaha dekat tbs ni pun aku melalak
sesorang weh. Aku takfikir orang dah, lantak sana. Mungkin ada yang faham
kenapa aku macamtu.
Pada masa sama, aku jugak pesan dekat family kat kampung
untuk tunggu aku. Kl ke ayer hitam amek masa 3 jam. Jadi, aku harap sangat aku
sempat jumpa arwah mak buat kali terakhir. Aku nak cium arwah mak buat kali
terakhir, nak pegang mak, nak tengok muka mak dibungkus dengan kain kapan. Masatu
kakak yang belajar dekat Seremban pun bergegas balik. Tapi, dia dah sampai
awal. Kawan dia yang hantar sampai ke ayer hitam. Aku naik bas, jadi lambat
sikit.
Masatu, aku rasa bas tu gerak lambat sangat. Dalam hati, aku
sempat lagi sumpah seranah pakcik bas tu. Hahahahhaha, taklama tu, dia boleh
pulak berhenti dekat RNR. Berhenti kalau kejap takpe jugak, ni lamanya
Subhanallah. Aku dah tak boleh nak tunggu lagi, aku terus duduk dekat tangga bas
sebelah seat driver tu, dengan mata bengkak, merahnya, muka langsung taksenyum,
aku cakap kat pakcik tu “pakcik, lama lagi tak nak sampai aitam?,” “dalam pukul
11:30 macamtu sampailah aitam”
“pakcik, cepat sikit boleh? Mak saya meninggal, nak kebumi
kejap lagi, laju sikit boleh, saya takut taksempat jumpa mak saya”
“lah, innalillah, okayokay”
Dalam perjalanan, kakak ada jugak Tanya dah sampai mana,
sampai mana. Jiran pun ada yang mesej. Tapi semuanya mengecewakan. Masing2 suruh
cepat. Macam mana nak cepat? Bukan aku yang bawa bas tu.
Taklama lepastu, kakak ws “jenazah mak dah sampai kat rumah,
kejap lagi mak nak disolatkan”. Aku harap sangat masatu jenazah arwah mak lama
dekat rumah. Bagi lah aku peluang untuk tengok mak buat kali terakhir. Kawan pulak
chat “saha kat mana? Arwah mak kau tengah disolatkan” aku ws kakak aku, pesan
dekat ayah, tunggu aku dulu sebelum kebumikan jenazah arwah mak. “cepat sikit,
mak dah di bawa ke tanah kubur” okay, time ni aku rasa peluang aku untuk tengok
mak agak tipis.
Last-last aku terpaksa jugak cakap “takpelah, kebumikan
jelah, takpayah tunggu aku. Aku lama lagi, kesian pulak tunggu lelama. Tapi kalau
boleh tunggu lah aku, aku nak tengok makkkkk!”
Tanah perkuburan kampung tu sebelah highway je. Jadi dalam
perjalanan aku balik tu, aku nampak ramai sangat orang time tu. Harap sangat
time tu mak belum di kebumi lagi. Beberapa minit kemudian, aku sampai jugak kat
aitam. Kawan aku yang amek aku masatu. Aku suruh dia bawak lelaju pergi kubur,
mungkin ada harapan aku dapat tengok arwah mak. Sebab tadi kat highway mungkin
mak baru dimasukkan, kot kot aku sempat tengok, walaupun sikit, walaupun Cuma kain
putih tu je.
Taklama lepastu, aku sampai di simpang masuk ke tanah perkuburan,
aku berselisih dengan orang kampung. Kenapa semua dah balik? Semua dah selesai
ke? Semua dah siap? Harapan aku nak tengok mak? Semua taksempat lah ni? Aku ternanges
semula. Dapat bayangkan tak? Aku jugak nampak adik beradik aku semua dah balik
dari kubur. Aku teruskan aje perjalanan ke kubur.
Okayyy, tanah kubur memang dah kosong, dah takde orang dah. Ayah
semua dah balik. Kenapa cepat sangat? Hahahahhaa, kenapa taktunggu aku? Dalam hati
ni, tipu lah kan kalau tak terkilan. Aku pergi jugak tengok rumah baru arwah
mak. Kubur arwah mak betul betul sebelah kubur arwah kakak (2 tahun lepas),
sebelah-sebelah je rumah diorang.
Selepas beberapa minit, sedekah Alfatihah apa semua, aku
ajak kawan balik. Sampai je dekat rumah, tetamu makin kurang, tinggal sedara
mara je yang ada. Aku terus cari adik beradik aku. Hmmm, aku terketawa time tu,
sebab kitorang takpernah nanges sesame. Tapi masa ni, masing masing mata merah. Aku
jumpa ayah, ayah cakap “takpe lah lin, takdapat jumpa mak, dah takdir”. Aku rasa
mungkin ayah takut aku marah sebab taktunngu aku kot. Sebabtu ayah cakap
macamtu.
Hari berlalu dan terus berlalu. Arwah mak dengan arwah yana
sentiasa di ingatan. Semoga kalian ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
Amin. Aku pun agak susah nak move on. Hari-hari update status wassap pasal
mak. Kadang sampai sekarang pun masih terfikir, kenapa takde orang yang nak
amek aku dekat ukm masatu? Kalau tak, dapatlah aku jumpa arwah mak buat kali
yang terakhir. Hahahhaha, takpelah. Ni dah bahagian aku. Okay, the endddd……..
No comments:
Post a Comment