Tuesday, 8 May 2018

1 Barang, 1K.


Dapat apa dengan RM1000?


Time majlis persaraan Tn Hj Mukamat Alip, beliau ada menjanjikan untuk memberi RM1000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya memperoleh 4.00 dalam STPM. Masing-masing excited termasuklah aku sekali. Dalam pada masa yang sama, aku terfikir sejenak “mampu ke aku dapat 4 flat, sedangkan markah ujian pengajian am selalunya gagal, takpun cukup-cukup makan” hahahaha okay takpe. Kita cuba je dulu.


Dan akhirnya, sampailah ke penghujung sem 3, seterusnya habislah zaman persekolahan aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri. Aku juga telah dianugerahkan sebagai Pelajar Cemerlang STPM 2015/2016 dan berjaya memperoleh RM1000 dari cikgu tersebut.


Nak diceritakan, apa yang aku buat dengan semua duit tu?

Aku pun lupa. Tapi seingat aku, aku simpan duit tu untuk beli laptop. Disebabkan masatu awal bulan, dan gaji pulak lambat masuk, aku ambil keputusan untuk guna duit hadiah tu beli telefon terlebih dahulu. Manakala, duit gaji bulan tu aku simpan dan langsung tak digunakan untuk aku beli laptop.  Okay, nafsu aku nampaknya terkawal sebab sampai hampir ke hujung bulan aku langsung taksentuh duit gaji tu.


Huhuhuhuhuhuhu, kiranya duit hadiah 4flat tu aku guna untuk beli telefon jelahh. Habis kat situ je. Harga dia RM990, baki dia RM10 je ek. Haahahahaha, takpelah, asalkan barangnya nampak. Ada kenangan disebalik duit yang aku dapat ni.

No comments:

Post a Comment

Kawan

Assalamualaikum semua!  Post akhir mungkin.... Okay, post akhir ni aku akhiri dengan kisah tentang kengkawan aku yang ada dengan...