Mesti ramai
yang jarang dengar nama makanan ni kan? Hahhh, biasalah makanan ni
diperkenalkan dan dimakan oleh orang kaum Jawa sahaja. Cuma, sekarang lauk ni
semakin popular kini kerana keenakan dan kesedapan lauk itu sendiri. Ia menjadi
lebih sedap apabila dimasak kering dan pedas. Di sini, saya sediakan
bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk memasaknya.
BAHAN-BAHAN:
- Lada (lagi banyak lagi sedap) ditumbuk
- 5 ulas bawang putih ditumbuk
- 2 biji bawang besar ditumbuk
- 2 batang serai ditumbuk
- Halia secukupnya ditumbuk
- Asam jawa
- 1 ekor ayam potong saiz sedang
CARA CARA:
1.
Panaskan minyak
2.
Tumis semua bahan yang ditumbuk (masukkan garam dan ajinamoto apabila bau sudah
wangi)
3.
Tunggu sehingga warna lada keperangan
4.
Masukkan ayam
5.
Masukkan serbuk kunyit (Agak-agak. Just untuk warna sahaja )
6.
Tunggu sehingga ayam keras
7.
Masukkan air untuk empukkan ayam
8.
Tunggu sehingga kering
9.
Masukkan asam jawa (lagi masam lagi sedap)
10.
Masukkan garam
Siappp!!
No comments:
Post a Comment