Wednesday, 7 March 2018

Raya Pertama Kami



Assalamualaikum, okay kalini nak cerita pasal raya tahun lepas pulak lahh ek.

Nak ceritanya, tahun lepas aku terlalu excited nak tunggu raya Aidilfitri sampai. Entah kenapa pun, aku taktahu. Tapi mungkin sebab tahun lepas aku kerja (sementara tunggu panggilan masuk universiti), duit sendiri ada, jadi belanja barang raya semua sendiri. Hahh, bayangkanlah, time raya tahun lepas, ayah langsung takkeluarkan duit untuk raya. Semuanya aku support cuma baju raya adik 2 orang tu jelah diorang guna duit sendiri. Baju raya arwah mak, ayah, kakak dan adik paling last aku yang support. Hahahaha, baik kan? Cehh, kalau tak bila lagi kan boleh belanja dorang?

Puasa tahun lepas pun merupakan pertama kali aku puasa tak sama-sama dengan family, sebab kerja. Buka puasa pun dekat kedai. Tapi semua tu pengalaman yang best. Hahaha, setiap petang amek turn dengan staff lain beli makanan untuk buka puasa. Nasib baik bazaar dekat je dengan kedai. Dengan bawak bakul besar(bakul merah tarik yang biasa ada dekat pasaraya tu). Hahh, lagi satu, tahun ni pun puasa jauh dari family sebab dah sambung belajooo! Huhuhuhuhu.

Makin hari, semakin dekat dengan raya. Aku excited betul! Aku tanya arwah mak, nak tukar langsir tak?, hahahahaha mak-mak mana kan taksuka langsir baru? Jadi pagi rabu tu aku pergilah cari langsir baru dekat pasar rabu di Ayer Hitam. Duit keluar macam air dah masatu. Tapi aku happy sebab dapat belikan langsir baru untuk arwah mak. Mesti arwah mak suka.

Okay, langsir dah. Sekarang cari baju raya pulak. Macam biasalah, kitorang memang akan cari baju raya hujung-hujung puasa pastu setiap tahun memang akan cari dekat Expo Parit Raja sebab dekat dekat je. Hahahahaha ingat lagi masatu, dua tiga kali jugak kitorang datang tukar baju. Tukar sebab warna lah, size lah, design lain lah. Last-last kitorang beli baju macam kat gambar atas tu. Muehehehehe, nasib baik pakcik tu sporting, bagi je kitorang tukar banyak kali.

Langsir dah, baju raya dah, and last sekali KUIH RAYA! Hahhh, setiap tahun kitorang memang akan beli. Takpernah buat sebab takde oven. Takde lah kuih mana pun. Biasanya ayah pilih kekacang dengan keropok je. Rempeyek pun dah lama takbuat, sebab arwah mak dah takboleh buat pape time tu. Jadi kitorang pun takbuat. Hah, susah jugaklah nak cari kuih raya ni. Nak kena round dulu, banding harga. Sebab ada tempat yang jual mahal, ada yang jual murah. Jadi, kena rajin berjalan lah. Hehe.

Akhirnya, semua dah siap!


Tahu tak kenapa gambar raya kitorang berempat je? Sepatutnya 9 orang tau kalau termasuk Kenit. Huhuhuhuhhuuh

Lagi dua hari nak raya, kitorang terpaksa pergi hospital. Sebab time ni luka dekat belakang badan arwah mak makin besar&teruk. Rasa tak apa yang kitorang rasa? Heheheh, takpelah kitorang dah biasa. Lagipun tahun lepas hospital tu dah macam rumah kedua kitorang dah. Kakak sulung dengan adik ganti-ganti jaga arwah mak. Sebab masatu aku takdapat cuti. Dah dekat raya kan, boss mana je bagi cuti?

Raya first kitorang sunyi sepi. Biasa setiap pagi raya ayah akan buat ayam masak rendang, rebus ketupat dan sebagainya. Tapi raya tahun lepas ayah memang takde mood. Baju raya yang aku belikan pun ayah takpakai. Aku terkilan jugak lah masatu sebab ayah taknak pakai baju yang aku belikan. Hah, pagi raya macam biasalah, kitorang pergi kubur arwah kakak kedua aku, Sazareenanazua (tahun lepas ni tahun kedua kitorang raya tanpa dia). Arwah mak dekat hospital, kakak kedua pulak dah takde, adik dengan ayah jaga mak. Jadi tinggallah empat orang masa hari raya pertama tu. Sebabtu gambar raya kitorang empat adik-beradik je.

Petang tu, kitorang pulak gantian tengok arwah emak dekat hospital. Sedih weh, raya pertama kitorang dekat hospital. Mungkin Allah dah bagi tanda yang tahun ni kitorang memang takkan beraya lagi dengan arwah emak. Raya haji tahun lepas, mak dijemput Allah balik ke tempat asal yang lebih tenang dan kekal. Alfatihah buat arwah emak dengan arwah yana. Tahun ni raya kitorang semakin berkurang lah ahli keluarga.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Kawan

Assalamualaikum semua!  Post akhir mungkin.... Okay, post akhir ni aku akhiri dengan kisah tentang kengkawan aku yang ada dengan...