Tuesday, 20 March 2018

Anugerah

Assalamualaikum, harini Selasa 20 Mac.

Harini kelas 3 jam je jam 11a.m sampai 2 petang. Tapi taksampai pukul 2 pun. Dalam pukul satu lebih camtu je dah abes kelas dah. Harini happy dia lain macam sikit. Huhuhuh
Sebab tadi sementara tunggu bas dekat bus stop, tetibe dapat email. Aku biasanya kalau dapat email ni memang malas nak bukak. Terus clear notification je. Hohoho, tapi tadi dapat email, tergerak pulak hati nak buka, baca email itu. Email tu datang dari Academic Development UKM. Excited terus tau naak buka! Atas tu pulak dia tulis “Jemputan Ke Majlis Anugerah Dekan Semester 1 2017/2018’. Haaaa, mana taknya happy semacam! Alhamdulillah, aku masih boleh dapat dekan time sem 1 walaupun time tu dugaan banyak datang, aku mampu untuk terus berusaha dan tak patah semangat.

Dah alang-alang ni, aku cerita terus lah ek zaman semester 1 aku ataupun pengalaman sem satu aku lepas. Hahaha, ni kira first time tau belajar jauh dari family. Semua nak kena urus sendiri. Dah takde cikgu nak tolong lagi. Belajar pun dah takde siapa yang nak pantau. Latihan? Haa lagilah langsung takbuat latihan apa-apa. Bergantung pada tutor je. Sikit je kan? aku pun masatu dah bajet dah final result memang down. Belajar pun last minit. Cikgu pun ada pesan. “ awak dekat u belajar betul-betul, jangan kantoi pulak”. Lagilah aku risau masa cikgu cakap macamni. Sebab aku tahu tahap aku, tak sehebat masa tingkatan 6. Masa sekolah dulu cikgu selalu jaga kitorang, latihan setiap hari bagi, mana takfaham cikgu boleh ajar satu-persatu. Lain sungguh dengan dekat universiti ni. Haaa, korang nanti dah masuk u, get ready mental fizikal okay? Jangan sibuk sangat dengan benda yang remeh temeh ni. Terindu zaman sekolah pulak ek. Hahahahah!

Aku belajar memang main-main semester 1 ni. Kalaulah dulu aku betul-betul struggle, mungkin aku boleh dapat yang lebih baik. Haa, dulu setiap kali abes kelas, balik kelas terus balik kolej, terus tidur. Benda yang dah belajar kat kelas, langsung tak ulang semula. Tahu bila aku ulang semua tu? Time studyyyy week!!!! Hahahaha terukkan? Minggu study week tu, aku balik rumah. Hahaha bila dah dekat rumah ni, memang payah lah kan nak belajar? Dengan sibuk nak keluar berjalan lagi. Tapi Alhamdulillah, masa study week tu aku da set jadual belajar aku betul-betul dan aku boleh ikut. Masatu wujud jugaklah rasa nyesal sebab banyak benda yang nak kena belajar semula. Siapa je kan minat membaca? Huhuhuhu.

Ada jugak, sehari sebelum paper first exam, aku murung. Duduk sesorang, takbual langsung. Kawan bual seolah-olah berbual dengan tunggul. Sebab aku langsung tak bagi apa-apa respond. Teruk kan? Okay, ada lagi satu habit aku setiap kali nak firstday exam. Apadia? Hahaha. Aku akan nanges duluuuu sesorang! Aku pun taktahu kenapa. Mungkin air mata penyesalan kot. Hohohooh! Seminggu minggu pertama exam tu jugak aku langsung takmakan. Makan pun rasa uma macam jajan-jajan sesikit je. Hahaha murung kononnya. Okay, dahlah share sikit je lah ek.

Sambung pasal anugerah tadi,……

Haa, kat situ dia ada tulis, “Pelajar dibenarkan membawa ibu bapa”. Aduhh, tetibe sedih. Family dok jauh. Dekat ayer hitam Johor sana. Tapi takpe, ayah bukan minat pun nak datang majlis-majlis camni. Bukan takminat, tapi aku tahu dan faham kenapa dia jarang datang majlis macamni. Hahaha dari dulu lagilah ayah macamni. Yang excited dalam family nak datang kalau ada majlis macamni tahu siapa? Haaa, arwah mak dengan aarwah yana(arwah kakak kedua). Diorang memang suka sangat. Bangga dengan pencapaian kitorang. Tapi sayang, dua-dua dah taka de dah. Arwah mak datang majlis anugerah ni last time UPSR. First and last lah tu. Time PMR ayah yg datang, arwah mak takdapat datang time tu. SPM? SPM takberapa cemerlang, jadi takdapat apa-apa anugerah. Huhuhuhu. STPM? Okay, ni paling sedih. STPM aku rasa aku lah manusia paling berjaya time tu! Bukan nak bangga, Cuma taksangka dengan pencapaian sendiri!. Pecah rekod sekolah pulaktu! Hohohoho! Jadi time anugerah kecemerlangan ni, aku harap sangat satu family dapat datang. Tapi sayangnya, arwah mak masatu dah takboleh nak bergerak, jalan pun dah takboleh! Masatu, ada jugaklah sampai aku sanggup nak pinjam kerusi roda kawan, semata-mata nak bawa arwah mak pergi sekolah. Tapi, ayah kata takpayah lah. Sebab susah nanti dekat sekolah. Aku pun ikut je cakap ayah. Betul jugak, kang arwah mak susah pulak nanti nak gerak, kena tinggal sesorang. Haa, okay. Gembira dalam sedih jugaklah time tu. Takde pun gambar kenangan kami yang cukup satu family.

Haa, ni dah belajar jauh, memang takde sapelah yang nak datang Majls Anugerah ni kan. Tapi, misalnya arwah yana masih ada, aku rasa mesti dia sanggup datang dari Aitam ni semata-mata untuk aku. Sebab dia yang nak sangat kitorang adik-beradik sambung belajar. Dia sanggup support kitorang walaupun gaji dia cuma cukup-cukup makan dia je. Dia yang excited kalau kitorang dapat best result. Tapi sayang, dia taksempat tengok result aku masa tingkatan 6 dulu. Hmm, takdir. Perancangan ALLAH tu lebik baik. Hehehehe, sekarang pulak arwah mak pulak yang pergi. Sorang-sorang pergi dari hidup ni. Huhuh, takpe. Ayah, kenit, adik beradik lain masih ada. Aku kena banggakan diorang yang masih ada ni! Balas jasa ayah, jasa kenit. Okay, HIDUP KENA TERUSKAN!!!


Last, belajarlah elok-elok. Jangan mudah putus asa! Bukan kita seorang je ada masalah, semua ada dugaan masing-masing. Semua tu bergantung pada diri sendiri. Nak atau taknak je. Hihihihihi.

No comments:

Post a Comment

Kawan

Assalamualaikum semua!  Post akhir mungkin.... Okay, post akhir ni aku akhiri dengan kisah tentang kengkawan aku yang ada dengan...