Saturday, 17 February 2018

EMAK

yaaaa! This is my Momm!

04 September 2018 -Minggu orentasi atau dipanggil Minggu Mesra Mahasiswa berjalan selama seminggu sehingga 30 0gos 2017. Ramai kawan-kawan aku sudah pulang ke kampung lepas habis minggu MMM ni. Aku pulak masa ni serba salah nak balik ke tak, sebab rasa macam bazir baru seminggu duduk sini, dah kena balik semula. Tambang pergi balik je dah RM50. HAHAHHAHAHA tapi akhirnya aku balik jugak sebab kolej makin sunyi, macam takde orang dah kat sini.

Aku pun terpaksa balik jugak. Tapi sebelum balik ni, aku naik ke KL dulu sebab ikut kawan balik rumah kakak dia dulu. Nak balik sesorang pun aku bukan tahu sangat macam mana nak guna kendereaan awam untuk ke TBS. Jadi dalam hari Khamis tengah hari macamtu aku baru sampai ke rumah di Ayer Hitam. Hahahahaha sendunyaa bila sampai rumah, tengok mak masih terlantar kat katil dia tu. Sampai je, terus aku cium mak, tapi masa tu pun mak takde bagi apa apa reaksi. Matanya cuma terkebil-kebil je tengok gelagat aku.

Taklama tu, aku terus rehatkan diri, bersihkan diri lepastu terus tertidur. Kepenatan kononnya. Hohohohoho. Sampailah ke hari esoknya, Jumaat. Pagi tu sempatlah aku bagi mak minum susu, bersihkan muka dia pepagi tu. Pastu lepas solat Jumaat, aku keluar dengan kakak pulak cari laptop sampailah ke malam dekat  bandar Batu Pahat. Dalam lepas Isyak macamtu baru aku balik rumah. Bila sampai rumah, aku memula gembira lah sebab dapat laptop baru tapi tetibe jeee, bila aku ke dapur..........


Aku rasa sedih sangat. Rasa macam nak nangis je masa tu. Tapi aku cuba sorokkan dari adik-beradik aku. Nafas mak masa tu bebetul laju, macam takcukup nafas pun ye jugak. Kesian sangat tengok mak macamtu. Macam terseksa je dia nak bernafas. Adik-adik yang lain pulak dah bacakan yasin, dengarkan ayat-ayat Al-Quran dekat telinga mak. Aku jugak sempat terfikir "harap-harap mak takde pape, semoga mak masih dipanjangkan umur". Tanpa buang masa, kakak terus telefon doktor dari Klinik Kesihatan Ayer Hitam. Sementara tunggu doktor datang, aku pulak sempat lagi tertidur. Taklama tu, aku tersedar dan salah sorang adik ada bagitahu "Lin, mak kena masuk hospital,ambulans dah bawak mak sebab nafas mak tak stabil". Aku dengar dia cakap macamtu, aku risau jugak. Tapi masa tu aku tengah mamai & anggap benda tu biasa-biasa je, jadi aku pun teruskan tidur.


Keesokan harinya, aku ajak adik dengan pakcik datang lawat emak dekat hospital. Kitorang pergi naik motor je tau hahahaha dengan hospitalnya bebetul dekat tengah tengah bandar tu. Takpelah, kitorang dah biasa, lagipun masatu dah hari Sabtu dah. Kalau tak, bila lagi aku boleh lawat mak kan? Sebab masatu aku dah terbeli tiket balik ke UKM awal pagi Ahad tu. tu yang aku kena jugak lawat mak hari Sabtu tu. Perjalanan dari rumah ke hospital amek masa 45 minit untuk sampai. Aku gerak lambat, jadi dalam 5:45 p.m macamtu baru sampai. Sampai-sampai je, mata terus berkaca-kaca tapi aku cuba sorokkan jugaklah. Tangan mak besaaaaa betul sebab bengkak. Masa aku datang tu, mak masih tidur, tapi aku cuba untuk kejut mak ajak mak bual sebab aku tahu tu hari akhir aku boleh jumpa mak, sebab lepasni dah balik UKM taktahu bila lagi boleh balik.


"Lin, baik kau bersihkan muka mak, buangkan tahi mata mak, lembabkan muka mak, urut kaki mak ke. Kau lepasni dah balik sana, entah bila lagi kau boleh jaga mak, entah bila lagi kau cuti, boleh balik sini. Ni kaki mak kering, kau lembabkan lah, kesian kulitnya mengelupas tu", pesan adik kat aku.

Betul jugak apa yang adik aku cakap tu. Aku pun buatlah semua yang dia suruh tu. Dalam masa sama, aku jugak berusaha buat mk bangun dari tidur. Taklama tu, mak buka mata dia. Im was so happy this time! Inilah peluang untuk aku bual dengan mak walaupun mak tak bagi apa-apa reaksi sekurang2nya mak dengar apa yang nak aku sampaikan.
"Mak, ilin datang ni. Mak kena kuat tau, mak kena cepat sihat, cepat sembuh, nanti boleh makan semula macam biasa. Mak, ilin esok dah kena balik u, mak doakan ilin terus berjaya tau. Ilin selalu doakan mak cepat sihat, nanti mak boleh jalan-jalan. Ilin sayang mak tau, ni ilin taktahu bila lagi ilin balik Ayer Hitam, Ilin minta maaf", bisik aku pada mak.

Mak seolah-olah faham dengan apa yang aku cakapkan. Aku nampak muka mak sedih, air mata dia mengalir. Aku pulak tahan je sebak ni. Taklama lepastu Pak Guard datang bilik ke bilik beritahu bahawa waktu melawat sudah habis. Tanpa lengah masa, aku pun terus salam cium mak, keluar dari bilik pesakit. Aku juga sempat berpesan pada adik supaya terus sabar dan kuat selalu. Aku pun terus balik dari hospital. 

Sampai di rumah, aku terus siap siap kan barang yang perlu di bawa untuk balik ke universiti. Tiket pukul 6:45 pagi pulaktu. HAHAHHAHAHA!

Tibalah hari AHAD, waktu nya untuk aku pulang ke tempat asal. Fuhhh sedih je rasa nak kena balik u sedangkan mak masih kat hospital. Tapi aku tetap kuatkan semangat untuk terus berjaya. Sebab aku tahu itu yang mak nakkan. Ayah pulak selalu ingatkan aku untuk terus berusaha, jangan patah semangat. "Ayah ada, ayah boleh jaga mak, kau jangan risau, belajar betul betul kat sana, jaga diri, dah sampai telefon", pesan ayah.

"Solat jangan lupa, kau doakan je mak kau cepat sihat, takde apa apa yang teruk", pesan pakcik sebelum aku menaiki bas. Seleps tiga jam perjalanan, akhirnya aku sampai di bumi UKM, selepas sampai di kolej aku terus rehatkan diri. Malamtu, aku ada telefon adik nak tanya pasal perkembangan mak. "Mak okay je, mak tengah tidur, nafas mak makin okay", kata adik. Tenang sikit dengar macamtu. Aku pun terus tidur, tiba-tiba jam 2:35 pagi.................................................... 



No comments:

Post a Comment

Kawan

Assalamualaikum semua!  Post akhir mungkin.... Okay, post akhir ni aku akhiri dengan kisah tentang kengkawan aku yang ada dengan...