Friday, 16 February 2018

FirstDay

Sama-sama kawan dari sekolah menengah

Sabtu, 26 Ogos 2018 merupakan hari pendaftaran dan hari pertama aku untuk terus melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjanamuda di Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, jurusan Ekonomi. Perasaan masa ni bercampur baur sebab lepasni dah kena duduk jauh, jauh dari mak, dari ayah, kena pandai-pandai hidup sesorang kat sini untuk tiga tahun. Lagipun ni pertama kali tinggal jauh dari keluarga muehhehehe. Perjalanan aku dari Johor ke sini semuanya dipermudah. ALHAMDULILLAH, besar besar terima kasih kepada kawan, Siti Nursyafiqah Binti Azmi sebab tumpangkan aku, bawa aku sekali untuk datang kesini. Aku takkan lupa jasa keluarga kau sebab korang lah aku boleh daftar and masuk sini sesama korang. Taklupa jugak Shuda yang dah bawakkan beg besar aku dari Ayer Hitam. Hahahaha ni semua sebab aku tumpang orang.


Aku kesini penuh dengan perasaan campur baur, serba salah, gembira, sedih semua ada. Yelah dah kena berhijrah kesini, siapa je kan suka bila duduk jauh dari keluarga? Nak kena tinggalkan ayah, dan benda paling sedih bila mana aku kena tinggalkan MAKKKK kat rumah!

Nak kongsi, mak dah lama dah sakit. Dia cuma terlantar je, takboleh nak buat apa-apa, cakap pun takboleh. Dan benda aku paling harap, aku harap mak tahu yang aku dah masuk universiti masa dia masih ada sebab time aku masuk u masatu aku takpasti samada mak tahu ke tak. Sebab mak tak bagi respon apa-apa masa aku nak pergi masatu. 

Aku kesini datang dengan keluarga orang, keluarga Piqa ni lah. Sedih tau masa ni. Sebab aku tengok semua keluarga dorang sendiri yang hantar. Ada yang atuk nenek semua ikut.  Masa pendaftaran masatu, kereta mak ayah pelajar semua parking di Dewan Gemilang, lepastu pelajar dikehendaki untuk berdaftar mengikut Fakulti memasing naik bas. Diorang daftar semua dengan keluarga diorang. Aku? hahahahaha aku semua buat seorang, buat sendiri. Macam takde keluarga. Hahaha takpe, aku takkisah pun. Hehehe lagipun ayah takde kenderaan pun nak hantar ke sini, di tambah lagi kalau ayah yang hantar, siapa yang nak jaga mak kat rumah kan? Heheheheh takpe, aku kuatkan hati, kuatkan semangat untuk terus berdiri kat sini. 


TERIMA KASIH banyak-banyak kepada syafiqah and shuda sekeluarga! Dan sekarang aku dah masuk sem 2 dah. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Kawan

Assalamualaikum semua!  Post akhir mungkin.... Okay, post akhir ni aku akhiri dengan kisah tentang kengkawan aku yang ada dengan...