TIPS BELAJOOOOO!
“saha, cmana kau belajar?” “saha,
apa tips nak berjaya?” “macam mana nak dapat result okay ek?”
Haaaaa, disebabkan ramai yang tanya.
Okay ni aku nak share cara aku. Ni gaya aku lah sejak dulu lagi. Mana nak ikut,
ikut lah. Okay? Sebab aku ni pun pattern belaja last min. Belajar awal ni
memang takpernah lah wujud dalam dunia belajar aku. Belajar awal tu pun bukan
sebab apa, tu setakat untuk siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi. Takpun untuk
siapkan tugasan yang ada. Kat bawah ni ada beberapa tips yang aku amalkan
dulu-dulu sampailah sekarang:
Fokus
100% dalam kelas
Dalam kelas, kita
memang kena fokus 100%. Sebab apa? Haa, klau kita fokus, senang kita nak dapat
apa yang cikgu atau lect sampaikan. Kena dengar bebetul. Janganlah time tengah
kelas, kau main telefon lah, bual dengan kawanlah, main game ke, main
ngumpat-ngumpat tulis kat kertas ke hahahahhaha (sebab aku pun pernah buat). Fokus
tu penting! Bila dah dapat ilmu yang nak disampaikan tu, senanglah kita untuk
belajar benda seterusnya. Ha takdelah ketinggalan.
Belajar
last minit
Kalau ikut cara
aku, haa aku memang suka belajar last minit. Seminggu nak exam, time tulah baru
nak cari nota, baru nak buat nota, nak print nota. Kira semuanya time tu lah. Hahahahhahah
belajar last minit ni kononnya lagi mudah nak ingat. Kalau belajar awal-awal karang
takut lupa pulak apa yang kita dah belajar (alasan je tu, malas sebenarnya). Belajar last min ni kena
struggle sikit lah. Eh struggle banyak. Sebab nak catch up semua benda dalam
tempoh masa yang singkat. Nanti mulalah wujud rasa menyesal sebab tak belajar
awal-awal. Memang berlaku pun benda ni setiap kali nak exam. Lepastu stress,
nanges sebab menyesal. Hahahahaah! Macam tulah aku setiap kali nak exam.
Latihan
Ketiga, untuk
mudah belajar, kita mesti lebihkan buat latihan. Sebab? Melalui latihan, kita
boleh faham dan tahu bentuk bentuk soalan yang akan ditanya. Jadi, bila dah
terbiasa dengan pelbagai bentuk soalan, mudahlah kita nak jawab exam. Latihan ni
pun sebenarnya ajar kita dari buat kesalahan. Biasalah, takcuba taktahu. Hah! Nak
buat latihan tu, cari lah latihan yang ada sediakan jawapan, lebih bagus kalau
ada yang lengkap dengan jalan kerja sekali. Lelagi untuk subjek yang banyak
kira-kira. Bukan suruh untuk tiru jawapan! Jangan sesekali tiru! Cuma, bila ada
jawapan, kita boleh semak sama ada latihan yang kita buat tu betul atau tak. Takpayah
Tanya cikgu, tunggu jawapan. Tengok je terus jawapan buku tu. Bila takfaham,
haaa barulah boleh tanya cikgu.
Jangan
kedekut ilmu
Ni pun penting
jugak tau. Bila kita dah dapat sesuatu ilmu, kawan lain pulak ada yang
tertinggal. Janganlah abaikan diorang. Tolong, bantu dorang. Sampailah dorang
dapat faham sepenuhnya. Haaa, kawan yang takfaham tu pulak, janganlah terlalu
banyak tanya, kang fedap pulak kawan nak ajar nanti. Apa yang penting,
janganlah kedekut ilmu, okay?
Doa
mak ayah
Okay, macam
biasalah. Benda paling penting dalam kejayaan seseorang ni, doa mak ayah. Haaa,
selalulah mintak mak ayah doakan kejayaan korang. Bukan minta doa je, jagalah
diorang bebaik. Sesibuk mana kita kejar nak berjaya, jangan sesekali abaikan
diorang ni tau. Jangan lupa jasa dorang kalau kita dah berjaya nanti. Rebutlah peluang
jaga mak ayah kalau diorang makin berusia nanti, masa diorang sakit ke. Haaa,
barulah hidup diberkati.
Rasanya tu je kot tips belajar aku.
Hahahahha, mana yang nak ikut, ikut lahh. Cuma tips aku ni agak berisiko sikit
lah lelagi yang belajar last minit tu. Mana yang nak try, try lah. Kotkot berhasil
ke. Huhuhuhuhhu. Okay;ah, tu je. Sekian.
No comments:
Post a Comment