Balik kampung!
Hai! Minggu ni dah masuk minggu ke
enam untuk semester 2 sesi 2017/2018. Hahahahaha, lambat lagi ek nak abeskan
sampai ke semester 2, tahun 3. Huhuhuhuhuhu! Kejap je masa berjalan, lagi
seminggu lebih, dah nak cuti midsem. Yeayyyy! Taksabar nak balik kampung, cuti
seminggu.
Cuti pun cuti jugak. Assignment banyak
lagi menunggu. Blog ni pun sentiasa menunggu. Haaaa, exam untuk midterm lagi. Jadi
cuti ni tak boleh nak enjoy sangat lah kan. Sedar diri sikit selagi masih
bergelar pelajar.
Dah masuk minggu 6 ni, serius ek
aku macam taktahu apa-apa. Seolah-olah macam tak faham apa pun yang aku belajar
untuk subjek sem dua ni. Hahahhaha. Bagi aku, subjek sem dua ni semua mencabar.
Lelagi akaun. Hahhh, bayangkanlah basic akaun form 4, form 5 langsung takde. Tetibe
masuk u, kena belajar benda alah tu. Stress jugaklah, sebab kengkawan lain
memasing dah pro. Bila lect bagi soalan, laju je jawab. Yang aku ni? Hahahaha blur
memanjang. Tapi takpelah, jangan jadikan semua tu alasan. Kita cuba slow slow. Kakak
aku yang dulunya langsung takde basic akaun je boleh buat, kenapa aku tak boleh
kan? Hahahahaha Cuma rajin atau malas je nak usaha. Tapi pattern aku ni, memang
mudah fedap. Mudah patah semangat kalau takdapat apa yang aku nak. Tapi,
malas-malas tu pun tetap usaha jugak. Cuma last minit. Hahahhahah!
Subjek makro setakat ni masih boleh
bawak lagi. Hahhh, Cuma banyak formula yang bebetul kena ingat dan fahamkan
lah. Subjek komunikasi akademik setakat ni pun masih okay. Aplikasi computer? Haaaa,
lagi lah best! Sebab banyak benda baru yang aku dapat melalui subjek ni. Lelagi
masa buat excel. Hahahahaha macam banyak betu keajaiban berlaku. Mudah je
semua. Dulu aku takpernah tahu pun nak buat excel ni senang je kalau kita tahu
nak guna. Takpayah nak buat sesatu, semuanya auto je! Terima kasih dr ajar
kitorang!
Untuk subjek asas keusahawanan dan
inovasi? Hohohhohohoh, ni macam slow sikit lah sebab kitorang nak kena bincang
macam mana nak pasarkan sesuatu produk baru untuk pelanggan. Siapa target kita,
pengurusan wang dia cmana, pengurusan pemasaran , kira semua lah kena tahu. Seolah-olah
macam betul-betul nak hasilkan produk baru.
Okay last. Subjek statistic. Hahahahhaha
ni lagi lawak. Tadi time kelas, tetibe je lect cakap nak habiskan topic 6 dan
7, then next class bincang latihan. Haaaaa! Ni lagi pelik, tetibe je dah abes
belajar. Apa yang aku belajar selama ni? Kenapa tetibe dah topic last? Hahaha ya
Allah, teruknya aku sem ni. Banyak mainnya daripada belajarnya. Hahhaha tapi
takpe, exam lama lagiiii. Huhuh!
Okayyyy, dah tu je nak share pasal
subjek semester 2.
Taksabar nak balik kampung hujung
bulan Mac ni. Hihihihihihi!
No comments:
Post a Comment