Landak raya atau Hystrix Brachyura merupakan sejenis mamalia berbulu keras di seluruh bahagian badan. Bulu landak yang sering digambarkan sebagai duri beracun pula merupakan mekanisme pertahanan landak.
Disebalik keupayaan melepaskan duri, landak sebenarnya mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri, landak akan mengembangkan bulu kerasnya sehingga seluruh badan mamalia itu kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras tercacak. Sesetengah landak bertindak menyerang pemangsa menyebabkan durinya boleh tercucuk kepada pemangsa tersebut tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga spesies landak yang mempunyai bulu lembut seperti Trichys Lipura di Borneo.
Daging landak yang mempunyai protein yang tinggi, lembut, tidak mengandungi lemak dan kurang serat menjadikan ia semakin diminati penggemar makanan eksotik. Malah, peratusan protein daging landak raya sama dengan daging lembu dan kambing selain mengandungi asid amino yang tinggi dianggap ubat mujarab untuk proses penyembuhan luka.
Dalam keadaan liar, landak raya biasanya akan membina terowong dalam tanah dan lubang pada banir pokok sebagai tempat tinggal. Terowong yang di bina itu pula biasanya mempunyai beberapa lubang keluar. Haiwan ini lebih aktif pada waktu malam dan balik ke sarang pada waktu subuh.
No comments:
Post a Comment