Matematik? Haa, mesti ramai yang tak suka subjek ni kan? Kenapa taksuka? Sebab banyak sangat formula nak kena ingat kan? Bukan tu je, math ni lagi satu, jawapan dia tetap ada walaupun cara kerja kita betul atau salah. Janganlah benci subjek ni, sebenarnya math ni lagi senang nak score tau berbanding subjek lain. Nak tahu kenapa? Sebab Math ni cuma kira-kira je. Takde apa-apa fakta pun yang kita kena hafal. Cuma kena fokus je! Okay, cmana nak score math? Saya share di bawah okay? Senang je, tak banyak, and tak susah pun.
Fokus, fokus, fokus!
- Macam biasa lah, nak A+ mestilah kena fokus. Dalam kelas tu duduk dendiam, fokus dengan setiap kata yang cikgu/pensyarah cakap. Catat setiap formula penting atau formula mudah yang mereka bagi. Jangan pernah skip kelas. Math ni sentiasa berkait antara setiap bab, jadi, kalau kita skip kelas, haaa memang susah lah nak catch up semua. Susah bila kita dah masuk bab baru, sedangkan bab yang lepas kita tertinggal.
Memperbanyak Latihan
- Untuk Math, kita tak perlukan banyak buku untuk dibaca sebab math ni kira-kira je. Kita cuma perlukan buku latihan yang banyak dan berulang ulang membuat latihan. Ini semua untuk memudahkan kita faham dan biasa dengan formula math. Oleh itu, tanpa kita sedar kita mampu jawab soalan tanpa melihat formula. Lagi satu, kalau nak beli buku latihan tu, pastikan beli buku yang siap ada jawapan dan jalan kerja dia tau! Senang untuk semak. Bila dah tahu jawapan kita tu betul, mesti lagi excited nak buat latihan kan? Tapi, jangan main tiru je tau bila mana takdapat jawab. Cuba fahamkan betul-betul cmana dia boleh dapat jawapan, and last kalau takdapat jugak, haaa baru tanya cikgu tau. Jangan tinggal macamtu je.
Okay, dua tu je sebenarnya kunci utama untuk score Matematik. Selamat Mencuba and Goodluck!
No comments:
Post a Comment