Thursday, 5 April 2018

Jenis-Jenis Inflasi

Ekonomi?

Dari mikro, makro hinggalah ekonomi Malaysia dan segala jenis ekonomi lah in sha Allah aku minat segala subjek ni. Hahahahaha, dari zaman form6 lagi tau minat, sebabtu aku buat keputusan untuk terus sambung kos Ekonomi dekat U ni. Walaupun ramai pakcik makcik bawang tak galakkan untuk sambung kos ni. Hahahaha, takpelah, aku yang sambung aku yang tanggung risiko dia sendiri. Muehehehehe! ∶)

Ekonomi ni belajar pasal apa? Haaa segala yang berkaitan lah dengan ekonomi yang kita jalankan dekat Malaysia, contohnya permintaan dan penawaran, harga, upah, buruh, dasar kerajaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan banyak lagi. Nak tulis semua, takmuat entry ni. Hohohohoho!

Alang-alang ni, aku share lah serba sedikit pasal Makro memandangkan semalam aku baru je abes satu test untuk Makro, Haa, masih fresh lagi ni. Aku paling suka tajuk Inflasi. Oleh itu, aku share pasal inflasi jelah okay? Lepasni, aku cerita tajuk lain pulak. Muehehehe.

Inflasi ada 3 jenis tau. 

Inflasi Tarikan Permintaan

  • Inflasi jenis pertama ni berlaku disebabkan oleh kenaikan dalam permintaan agregat (AD) yang terdiri daripada penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan, dan eksport bersih. Ia berlaku apabila permintaan meningkat secara mendadak sedangkan penawaran terhadap sesuatu barang itu tetap atau tidak berubah. 
  • Untuk atasi inflasi jenis ini, kerajaan akan menjalankan dasar fiskal dan dasar monetari menguncup. Dasar fiskal menguncup dijalankan adalah dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan meningkatkan cukai. Oleh itu, harga terhadap barang tersebut akan mahal seterusnya, permintaan akan berkurang dan inflasi dapat diatasi.
  • Dasar monetari menguncup pula adalah apabila Bank Pusat menjalankan operasi pasaran terbuka iaitu mereka akan menjual sekuriti kerajaan kepada isi rumah atau firma. Ini akan mengurangkan pegangan wang isi rumah seterusnya akan mengurangkan perbelanjaan isi rumah, lalu permintaan berkurang seterusnya inflasi dapat diatasi.

Inflasi Tolakan Kos

  • Inflasi jenis ini pula adalah disebabkan oleh kenaikan harga barang dalam pasaran yang berpunca daripada kenaikan kos pengeluaran seperti peningkatan harga input pengeluaran. Hal ini akan mendorong firma menaikkan harga walaupun mereka terpaksa menanggung risiko pengurangan permintaan. 
  • Untuk atasi inflasi jenis ini, kawalan langsung seperti penetapan harga bagi barang-barang tertentu dan pengawalan kenaikan gaji dan upah perlu dilaksanakan.
  • Penetapan harga bagi barang tertentu adalah dengan kerajaan akan menjalankan dasar harga siling, iaitu kerajaan akan menetapkan harga maksimum yang boleh dikenakan oleh pengeluar kepada pegguna. Biasanya barang yang ditetapkan harga siling adalah barang keperluan pengguna yang penting. Oleh itu, penjual tidak dapat meletakkan harga yang terlalu tinggi dan inflasi jenis ini dapat dikawal.
  • Pengawalan kenaikan gaji dan upah pula iaitu gaji dan upah pekerja yang tetap atau tidak ditingkatkan dapat mengekalkan corak penggunaan isi rumah dan tidak merangsang kepada kenaikan perbelanjaan agregat. 

Inflasi Barang yang Diimport

  • Inflasi jenis ini pula adalah berpunca daripada kenaikan harga barang yang diimport. Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi jika barangan import mengalami kenaikan harga. Pengeluar juga biasanya memnidahkan sebahagian peningkatan kos barang input yang diimport kepada pihak pengguna dengan menaikkan harga jualan barang mereka.
  • Untuk atasi masalah ini, barangan import yang mahal perlu di kawal
  • Selain itu, barang eksport juga perlu dikawal untuk memastikan pasaran tempatan tidak mengalami kekurangan. Jika pasaran tempatan mengalami kekurangan, harga barang tersebut pasti akan dijual mahal kerana permintaan yang tinggi sedangkan kuantiti sedikit. 


Best tau bila belajar makro ni. Kita boleh tahu apa yang kerajaan kita buat untuk atasi masalah ekonomi yang berlaku. Kita juga boleh tahu apa yang kerajaaan buat untuk kembangkan ekonomi negara dengan lebih mendalam. Okay, setakat ni, aku share sikit je dulu. Lepasni aku sambung lagi kalau aku rajin nak berbicara ilmiah dekat blog ni. HUHUHUHUHU!!!

No comments:

Post a Comment

Kawan

Assalamualaikum semua!  Post akhir mungkin.... Okay, post akhir ni aku akhiri dengan kisah tentang kengkawan aku yang ada dengan...