Assalamualaikum semua!
Post akhir mungkin....
Okay, post akhir ni aku akhiri dengan kisah tentang kengkawan aku yang ada dengan aku sejak prasekolah lagi. Haaa, cuma masa darjah 4 macamtu kot baru rapat sampailah ke sekarang. Alhamdulillah.
Kita start dari kiri, tudung kuning tu, Nursahira Binti Hilal, sebelah tu pulak Khalidah Khaliesah binti Khalim, yang sebelah aku tu pula, Nur Hanisah binti Tahir. Sahira dengan anis ni je kitorang kawan sejak kecil, yang Liesa ni, sejak sekolah menengah. Haaa, budak baru pindah sekolah masatu, ha terkawan pulak sampai ke sekarang.
Nak describe sesorang memang agak banyak nak menaip. Aku cerita mana yang aku suka jelah ek.
Start dari sekolah rendah, kawan sama-sama duduk sebelah meja, makan sesama, rehat sesama, pergi solat semua sama-sama. Haaaa, perangai memasing tu memang dah tahu sangatlah sampai ke sekarang ni. Sekolah agama sama, sekolah pagi pun kelas yang sama, kelas malamnya lagi. Kiranya memang banyak masa aku habiskan dekat sekolah dengan budak dua orang ni lah. Yang Liesa tu special sikit, huhuuuhuhu, sebab kenal lambat sikit. Okay, benda paling aku ingat sampai sekarang, bilamana kitorang kena marah dengan cikgu sekolah agama, sebab rehat terlebih masa sampai masuk kelas lambat. Masatu bukan lambat je tau, kitorang boleh terbawa masuk bau petai sekali bila dah kat dalam kelas, hahahahahhaha kena marah sekali lagi.
Okay, masa berlalu sampailah kitorang abes sekolah rendah.
Masa sekolah menengah pulak, kitorang jumpa sekali lagi! Sama-sama lagi, tapi sayangnya tak sekelas. Cuma kelas sebelah-sebelah je. Ha masani lah kitorang jumpa dan berkawan dengan Si Liesa ni. Dia ni rupanya duduk sekampung dengan Anis, rumah selang berapa biji je. Jadi, masa sekolah menengah ni Anis lebih rapat dengan Liesa, aku pulak masih lagi dengan Sahira. Okay, sekolah menegah ni agak macam-macam jugaklah perangai memasing dah berubah. Hahahahaha, tapi masa sekolah menengah ni, Anis paling degil, banyak tau pakwa dia. Ada je lelaki yang jalan dengan dia. Kadang aku pernah juga jadi mangsa temankan dia dating. Tapi takdelah dating mana, setakat jalan sesama nak pergi stesen bas je. Masani aku, liesa, sahira masing-masing takde pakwa lagi. Tapi si liesa ni, aku taktahu, dia ni agak perahsia sikit.
Okay, sampai ke Tingkatan 3 kitorang sesama. Bila dah masuk Tingkatan 4, Liesa ni sekali lagi keluar dari sekolah, dia sambung Vokasional dekat Johor Bahru pula. Tapi kitorang tetap masih contact walaupun dah tak belajar samasama. Ha, masih lagi keluar sama-sama kalau Liesa ni balik kampung.
Bila dah lepas SPM pula, Anis dengan Sahira masuk PLKN, Liesa pula masih dekat Vokay, aku je masih dekat kampung tu, ha kerja sementara jelah masatu. Masani kitorang dah agak jarang jumpa.
Bila keputusan SPM keluar, masing-masing buat keputusan nak masuk Tingkatan 6. Jumpa sekali lagi, dan kelas pun masih sama! Hahahahahaha, tapi Anis masuk Tingkatan 6 kejap je, lepastu dia sambung Politeknik pulak. Tinggalah aku berdua dengan Sahira yang masih dekat Ayer Hitam. Masani, Sahira dah ada pakwa tau! Hahahahaha aku lagi sekali jadi mangsa keadaan temankan diorang dating. Aku je yang masih tak terdating lagi. Haahahahahahah! Okayy, selama setahun setengah, tamatlah zaman persekolahan aku dekat sekolah tu, ha asik sama je dengan Sahira sampailah abes Tingkatan 6.
Sekarang, semuanya makin jauh. Makin susah nak jumpa sama-sama. Bilamana nak jumpa, mesti ada sorang yang tak free, kira takpernah cukuplah kalau keluar tu. Haaa, Sahira sekarang dah dekat UTEM Melaka, aku pulak dekat UKM Bangi, Liesa dah kerja, Nisa pulak tengah praktikal. Tapi rasanya dah abes praktikal kot. Entahlah, dah lama tak contact. Huhuhuhuhuhuhu, okaylah nak cerita sampai sini je.
Semoga kita kawan sampai bila-bila. Jangan mudah lupa bila dah ada yang baru. Hhuhuuhuhu! Siapa lah ek yang kahwin dulu? Hahahahahaaha, okay bye.