Wednesday, 28 February 2018

Putus Telinga


Assalamualaikum, okay kalini aku nak share rahsia zaman kegemilangan aku masa Darjah 6 dulu-dulu, kira-kira tahun 2009 @ 9 tahun yang lepas.

Aku sekolah rendah di Sk Sri Bandan selama 7 tahun sejak dari prasekolah lagi (6 tahun). Masa sekolah dulu, aku dikira budak paling lembab sekali, takpun dikira antara budak susah nak catch up apa yang cikgu ajar. Hahahhahaha, kelas pun asik dapat kelas akhir je. Sejak darjah 4 baru dapat masuk kelas pertama. Mungkin sebab ilmu semakin bertambah dari tahun ke tahun kot. Hohohohohoho!

Bab sukan pulak? Memang tak pernah lah aku masuk apa-apa acara sukan masa Darjah 6 ni. Malu kononnya nak masuk, sebab MALAS. Haahahaha! Belajar kurang pandai, sukan tak aktif, kokurikulum pun tak amek apa-apa bahagian. Hahhhh, itulah aku masa aku berumur 12 tahun. Last-last ayah pun fedap.

Masatu aku ada jugak jadi wakil untuk pasukan rumah merah bagi acara lontar peluru. Ayah pun semangat datang sokong. Tapi semua tu mengecewakan ayah sebab aku taksumbang apa apa mata untuk rumah merah atau kiranya aku kalah laaa.

Balik-balik rumah je, aku kena marah dengan ayah. Hahahahha satu ayat yang aku selalu ingat, sampailah sekarang ayat tu masih segar di ingatan dan selalu jugak jadi kata-kata semangat aku kalau aku malas nak belajar.

“Sukan tak aktif, belajar takpandai, kau nak jadi apa? Ayah tahu UPSR nanti kau dapat 5A, takdapat 5A putus telinga kau”

Putus telinga?!!!!

Hahahahahha, time ni pun aku percaya bulat-bulat ayah nak potong telinga aku misalnya takdapat 5A. sebab ayah memang garang kalau didik kitorang adik-beradik sejak kecil. Cuma dah besar panjang ni ayah slow sikit.

“Macam mana aku nak dapat 5A, sedangkan nak dapatkan 2A pun susah, aku taknak telinga aku putus, takboleh jadi ni. Aku kena belajar betul-betul lah lepasni”

Sejak dari tu aku mula semangat belajar betul-betul. Taklupa jugak Kenit(pakcik) yang tak putus-putus bagi sokongan untuk aku terus belajar sampailah sekarang ni. Yang selalu support kitorang selain mak ayah.

And finally, setelah beberapa minggu UPSR berlalu, kini tiba masanya keputusan keluar. Time ni arwah mak excited datang untuk sesame amek keputusan. Aku ni dah serba salah je sebab takut-takut keputusan biasa-biasa je tak macam orang lain. Dan tiba-tiba…………………………



“Sahalina, tahniah. Awak berjaya! Mesti mak awak suka”. Uihhhh, aku pun dah lain macam dah je ni rasa. Suka ada, takut ada, sedih pun ada. Yeaa. Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya dapat 5A dan time tu aku taksabar nak balik rumah nak tunjuk kat ayah, yang aku boleh dapat 5A dan benda paling tenang, telinga aku takputus!

Aku ingat lagi, time ni aku Nampak muka arwah mak paling happy sekali! Tersenyum je dia dari dekat sekolah sampailah ke rumah. Rindunya arwah mak. Alfatihah, semoga mak tenang kat sana. Ayah pulak, tak abes-abes cakap tahniah dekat aku, happy semacam dia time ni. Kesian je diorang time ni. Kenit lagilah gembira tak ingat dunia bila tahu aku dapat 5A.

HAAAA, okaylah. Cuma nak cakap jangan mudah putus asa kalau nak berjaya. Cuba sedaya upaya untuk capai sesuatu target! Paling penting, simpan niat yang betul!

Monday, 26 February 2018

Ayam Ungkep JAWA




Mesti ramai yang jarang dengar nama makanan ni kan? Hahhh, biasalah makanan ni diperkenalkan dan dimakan oleh orang kaum Jawa sahaja. Cuma, sekarang lauk ni semakin popular kini kerana keenakan dan kesedapan lauk itu sendiri. Ia menjadi lebih sedap apabila dimasak kering dan pedas. Di sini, saya sediakan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk memasaknya.


BAHAN-BAHAN:
  • Lada (lagi banyak lagi sedap) ditumbuk
  • 5 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 biji bawang besar ditumbuk
  • 2 batang serai ditumbuk
  • Halia secukupnya ditumbuk
  • Asam jawa
  • 1 ekor ayam potong saiz sedang


CARA CARA:

1. Panaskan minyak
2. Tumis semua bahan yang ditumbuk (masukkan garam dan ajinamoto apabila bau sudah wangi)
3. Tunggu sehingga warna lada keperangan
4. Masukkan ayam
5. Masukkan serbuk kunyit (Agak-agak. Just untuk warna sahaja )
6. Tunggu sehingga ayam keras
7. Masukkan air untuk empukkan ayam
8. Tunggu sehingga kering
9. Masukkan asam jawa (lagi masam lagi sedap)
10. Masukkan garam

Siappp!!


Friday, 23 February 2018

Susah Payah Sebelum Senang


Assalamualaikum, 


Yeah, macam biasalah makcik-makcik kampung atau lebih dikenali sebagai MAKCIK BAWANG sekarang ni memang suka banding-bandingkan anak-anak diorang. Anak dia paling baguslah, paling pandailah, paling bijaklah, semua nak diangkat! Sedangkan biasa-biasa je anak dia.


Nak dijadikan cerita, masa lepas SPM masatu kengkawan aku yang lain masing-masing dapat masuk U sambung diploma, sambung matrik, politekniklah dan tinggal lah aku seorang dari kelas 5 Adil tu masuk Tingkatan 6. Hahhhhh down gila masa awal-awal masuk Form 6 tu, sebab masih lagi bawah sekolah sedangkan kawan yang lain dah takmasuk sekolah lagi. Kadang ada jugaklah kawan yang perli-perli tu, tapi apa boleh buat? Abai jelah kan? Makin dilayan makin teruk nanti. Hahahahaha lagipun bukannya aku takdapat tawaran sambung belajar, ada jugak dapat. Dapat matrikulasi Pahang kot, agaknya lah HAHAHAHAHAHA, tapi aku takterima pun sebab tahu-tahu je dapat tawaran masuk matrik, terus aku tutup laman web tu, hahahahahahah sampai sekarang aku masih taktahu dengan yakin aku dapat matrik mana! Taknak masuk matrik sebab aku dapat sambung sains tulen! Hahahahaha memang taklah kalau aku nak sambung sains. Penat weh otak. HOHOHHHOHHO!


Beberapa hari lepas tu, aku terus mohon Tingkatan 6 secara manual sebab taknak masuk matrik punya pasal. Aku pun taktahu kenapa aku boleh beria nak masuk tingkatan 6, sedangkan dulu aku paling taknak, taksuka dan Form 6 jugaklah benda awal-awal yang aku tolak tepi. Hahahahaha, tapi lepas aku tahu aku dapat matrik, automatik aku terus berharap aku dapat masuk Tingkatan 6. Akhirnya, Allah permudahkan, aku diterima masuk Form 6!


Benda pertama yang aku fikir masa aku masuk Form 6 ni, aku fikir semua benda dan semua subjek yang akan aku bawa ni mudah-mudah belaka. Hahahahahahahahahah selepas beberapa minggu aku belajar, subjek Pengajian Am lah pada aku yang paling berat, paling susah nak bawa! Asik dapat kosong je weh kalau buat esei! Hah kau rasa? Pada aku am ni dah macam subjek ADDMATH dah weh, dapat markah 15% tu dia punya syukur gembiranya lain macam dohhhh! Sampailah masa periksa akhir sem 1, mak ai, dia punya susah! Keluar dewan periksa je, Cuma harap LULUS je. Nak dapat A tu memang jauh sekali lah. Hahahahah! Tak lupa jugak subjek Geografi, ini pun sama. Entah apa entah yang aku jawab.


Alhamdulillah, keputusan keluar jugak beberapa bulan lepastu. And surprisingly! I got the best student time sem 1, pointer 3.83! Hahaha aku pun taktahu keajaiban apa yang aku dapat time ni. Aku dapat 3A1B+1D hahahaha yang B+ tu mestilah pengajian am dan D tu geografi tau! Taksangka am boleh dapat B+ sebab target gagal je. Hahhh, STPM ni aku amek 5 subjek ( Pengajian Am, Ekonomi, Bahasa Melayu, Geografi, Seni Visual). Dan untuk cantikkan result, aku terpaksa ulang kertas am dan geo. RM50 satu kertas tau! Huhh nasib ada biasiswa.


Okay, sem 2 pulak. Macam biasa, pengajian am lah jadi subjek paling susah setiap sem. Hmmm, sem ni aku agak jatuh sikit. Sebab masa ni aku hilang sorang kakak masa awal sem, sakit mak pulak makin teruk, lepastu kena chicken pox lagi. Hahhh, memang banyak kali lah aku ketinggalan belajooo. Semuanya dekat 3 minggu jugak aku taksekolah sem 2 ni, jadi banyaklah benda aku takdapat nak kejar. Masa ni pun aku kena jaga mak ulang alik masuk hospital. Kiranya dugaan berat jugaklah sem ni. Dengan assignment menimbun lagi, belum yang kena reject lagi, hahaha. Tu yang takdapat nak fokus sangat. Periksa pun banyak memain, dan akhirnya keputusan keluar, pointer jatuh. Only 3.50 je cukup cukup dekan. Tapi aku tetap syukur walaupun banyak ketinggalan, masih lagi boleh dekan walaupun cuma cukup-cukup makan. Dan sem ni am aku dapat A, tapi ekonomi dengan geo pulak cuma dapat C. Yeah, sem ni repeat ekonomi dengan geografi lagi! Hohohohohohohohoh!


 Time sem 3, aku rasa macam dipermudah semuanya, aku semakin bijak dalam Pengajian Am, kira semua subjek lah. Mungkin baru nak sedar diri kot haha. Yang TERTEKANNYA sem 3 ni kena buat kerja kursus seni visual. First time weh kena lukis bebesar dekat atas kanvas. Belum nak kena cari idea lagi, rasa macam nak nangis je masa ni. Hahahahaha kebanyakan kengkawan lain semua stress lagi-lagi yang suka buat kerja last minit kan. Cikgu-cikgu nya sekali ikut stress. Setiap hari pergi sekolah 7:30 pagi balik rumah 6:30 petang. Kadang ayah marah jugak sebab asik balik lambat je. Tapi nak buat macam mana kan, benda nak kena siapkan. Ingat lagi masa tu, semua orang cuti raya, aku sesorang pergi sekolah cari idea untuk final lukisan atas kanvas nanti. Masa ni jugaklah aku jatuh cinta dengan seni walaupun masa awal-awal masuk form 6 ni aku takut gila-gila nak amek seni! Maklumlah tangan takberseni, kasooo je tangan ni. Tapi Alhamdulillah, I did well! Terima kasih Allah. Hehehehehehe. Hahhh, bukan seni je bawa masalah, ekonomi, geografi, bahasa melayu semua memasing nak jugak ada assignment! HAHHH, nasib baik aku pandai atur jadual. Semua aku buat ontime. Nak A punya pasal, kita susah susah dulu lah. Terima kasih kepada Cikgu Khir sebab dia bebetul pantau anak murid dia ni buat assignment. Hahahha kadang nak nanges jugak setiap kali jumpa cikgu ni sebab cikgu ni garang gila wehhhhh! Tapi kitorang buat je yang terbaik sebab kitorang tahu cikgu ni nak anak-anak murid dia semua Berjaya je sebenarnya. Sebabtu dia selalu garang-garang. Hahahhah.


Okay, akhirnya selesai jugak pengajian aku di semester 3 dan aku berjaya menamatkan zaman persekolahan aku di SMK DATUK MENTERI selama enam tahun setengah. Sementara tunggu keputusan sem 3 dan keputusan keseluruhan tingkatan 6, aku kerja sementara di kedai menjual barang perkahwinan iaitu di PISB. Dan time tu dah bulan 3, result sem 3 keluar! And finally I got the best student again! I got 4flat for this sem. Hahahhahah masalahnya kawan aku yang lain yang teruja dengan result aku. Diorang macamtu sebab misalnya keputusan akhir aku dapat 4flat jugak, cikgu dah janji nak bagi RM1k. Tapi masa ni aku tak target pun aku boleh dapat 4flat sebab kertas ulangan aku biasa-biasa je, macam takyakin boleh dapat 4flat.


 Then tiba bulan 4 macamtu kot, lupa lah bila result final keluar, I got 4flat for my final result! Hahahahaha cikgu kata “ awak dah Berjaya cipta sejarah untuk sekolah ni, sebab awak pelajar pertama berjaya dapat 4flat untuk STPM” wowww terharu aku dengar. Hahahahah muka mak dengan ayah je aku terbayang masa ni. Mesti mak dengan ayah happy gila bila tahu berita ni. And yes mak nangis bila dapat tahu benda ni. Ayah pula tersenyum je muka dia. Rindunya waktu ni! Semua tinggal kenangan je. Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu yang mengajar, taklupa jugak kawan-kawan Form6 I takkan lupaa jasa korang, kata kata semangat korang time aku down!


 Yaaaa! I love my student life during Form 6. Rasa setakat ni je kot pengalaman nak share. Muehehehhe!

Monday, 19 February 2018

Jatuh Tangga Sekolah



Assalamualaikum! Hah kalini nak cerita pasal adik bongsu ni pulak. Kisah emak masatu kita sambung nanti-nanti lah ek. Hahahhahahahaha aku taktahu nak gelak ke nak sedih bila dapat tahu budak ni masuk hospital. Kejadian berlaku tahun lepas, 3 minggu lepas raya agaknya. Masa tu aku masih kerja lagi dekat PISB. Eh, sebelum tu nak kenalkan dulu budak ni nama dia Sahida biasa panggil sidah je. 

Masatu tengah kerja, tetibe dapat panggilan dari pakcik "Lin, ic sidah kat mana?". Hahh, aku dah lain macam je rasa, mesti ada yang takkena ni. "Ada kat almari tempat aku, kenapa tanya ic sidah, kenapa dengan sidah?" Aku tertanya-tanya. "Adik kau masuk hospital, katanya kakinya patah. Ni kaki kirinya pulak yang patah". Hahahahahahaha aduhhhh, tanpa buang masa, aku terus minta kebenaran dari manager untuk balik. Sampai je rumah, aku terus cari ic budak ni lepastu terus pergi hospital Batu Pahat.

Sampai je hospital, aku nampak ayah tengah tunggu adik dengan adik aku yang lagi sorang. Muka masing-masing cuak sebab Sidah ni belum di check lagi, masih tunggu giliran untuk di panggil. Aku datang dekat dengan sidah tapi aku rasa pelik kenapa kain hospital yang dia pakai tu nampak basah. Aku tanya lah dia "kenapa kain kau basah? kena simbah ke?" lantas dia jawab sambil tersengih-sengih "Aku terkencing lah lin, aku nak bangun takboleh, kaki aku sakit. Takut nak gerak takboleh nak jalan langsung" HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA apa ni weh kencing atas kerusi roda dekat hopital pulaktu?!

Hahahahaha taklama kemudian, nama sidah dipanggil. Keputusan xray ada pada nurse tu. Aku tanya lah macam mana dengan kaki dia ni? Patah ke? Kenapa langsung takboleh gerak? Doktor pun cakap sebenarnya kaki dia takde apa-apa. Tak patah pun. Aku tanya semula, kalau takpatah kenapa dia takboleh gerakkan kaki dia? " Kaki dia memang tak patah pun. Dia kena biaasakan untuk gerakkan kaki dia, jangan di biar tanpa gerakan, nanti makin teruk, kaki dia cuma terkehel", kata doktor tu.

Keluar dari bilik tu je, aku nampak muka ayah risau. Mungkin dia fikir kaki budak ni betul-betul patah. Aku cakaplah dekat ayah "Yah, sidah dah boleh balik, kaki dia okay je, tak patah apa-apa pun. Cuma terkehel". Ayah pun terketawa bila dengar macamtu, syukur Alhamdulilah takde yang teruk jadi. 

RUPA-RUPANYAA...............................

Sidah ni jatuh tangga kat sekolah waktu balik dari sekolah agama dia pepetang masatu. Yang lawaknya, dia bukan jatuh tangga dari tangga yang tinggi, dia jatuh tangga dekat anak tangga akhir sebelum jumpa lantai rata. Hahahahaha dapat bayangkan tak betapa rendahnya selang tangga tu? Itupun dia dah takboleh nak gerakkan kaki dia, sampai ambulans datang bawak dia pergi hospital semata-mata sebab dia takboleh nak gerakkan kaki dia. Haih buat orang risau je budak ni. Hahahahahah okaylah, sampai sini je. 

Terima Kasih bacaaa!


Saturday, 17 February 2018

EMAK

yaaaa! This is my Momm!

04 September 2018 -Minggu orentasi atau dipanggil Minggu Mesra Mahasiswa berjalan selama seminggu sehingga 30 0gos 2017. Ramai kawan-kawan aku sudah pulang ke kampung lepas habis minggu MMM ni. Aku pulak masa ni serba salah nak balik ke tak, sebab rasa macam bazir baru seminggu duduk sini, dah kena balik semula. Tambang pergi balik je dah RM50. HAHAHHAHAHA tapi akhirnya aku balik jugak sebab kolej makin sunyi, macam takde orang dah kat sini.

Aku pun terpaksa balik jugak. Tapi sebelum balik ni, aku naik ke KL dulu sebab ikut kawan balik rumah kakak dia dulu. Nak balik sesorang pun aku bukan tahu sangat macam mana nak guna kendereaan awam untuk ke TBS. Jadi dalam hari Khamis tengah hari macamtu aku baru sampai ke rumah di Ayer Hitam. Hahahahaha sendunyaa bila sampai rumah, tengok mak masih terlantar kat katil dia tu. Sampai je, terus aku cium mak, tapi masa tu pun mak takde bagi apa apa reaksi. Matanya cuma terkebil-kebil je tengok gelagat aku.

Taklama tu, aku terus rehatkan diri, bersihkan diri lepastu terus tertidur. Kepenatan kononnya. Hohohohoho. Sampailah ke hari esoknya, Jumaat. Pagi tu sempatlah aku bagi mak minum susu, bersihkan muka dia pepagi tu. Pastu lepas solat Jumaat, aku keluar dengan kakak pulak cari laptop sampailah ke malam dekat  bandar Batu Pahat. Dalam lepas Isyak macamtu baru aku balik rumah. Bila sampai rumah, aku memula gembira lah sebab dapat laptop baru tapi tetibe jeee, bila aku ke dapur..........


Aku rasa sedih sangat. Rasa macam nak nangis je masa tu. Tapi aku cuba sorokkan dari adik-beradik aku. Nafas mak masa tu bebetul laju, macam takcukup nafas pun ye jugak. Kesian sangat tengok mak macamtu. Macam terseksa je dia nak bernafas. Adik-adik yang lain pulak dah bacakan yasin, dengarkan ayat-ayat Al-Quran dekat telinga mak. Aku jugak sempat terfikir "harap-harap mak takde pape, semoga mak masih dipanjangkan umur". Tanpa buang masa, kakak terus telefon doktor dari Klinik Kesihatan Ayer Hitam. Sementara tunggu doktor datang, aku pulak sempat lagi tertidur. Taklama tu, aku tersedar dan salah sorang adik ada bagitahu "Lin, mak kena masuk hospital,ambulans dah bawak mak sebab nafas mak tak stabil". Aku dengar dia cakap macamtu, aku risau jugak. Tapi masa tu aku tengah mamai & anggap benda tu biasa-biasa je, jadi aku pun teruskan tidur.


Keesokan harinya, aku ajak adik dengan pakcik datang lawat emak dekat hospital. Kitorang pergi naik motor je tau hahahaha dengan hospitalnya bebetul dekat tengah tengah bandar tu. Takpelah, kitorang dah biasa, lagipun masatu dah hari Sabtu dah. Kalau tak, bila lagi aku boleh lawat mak kan? Sebab masatu aku dah terbeli tiket balik ke UKM awal pagi Ahad tu. tu yang aku kena jugak lawat mak hari Sabtu tu. Perjalanan dari rumah ke hospital amek masa 45 minit untuk sampai. Aku gerak lambat, jadi dalam 5:45 p.m macamtu baru sampai. Sampai-sampai je, mata terus berkaca-kaca tapi aku cuba sorokkan jugaklah. Tangan mak besaaaaa betul sebab bengkak. Masa aku datang tu, mak masih tidur, tapi aku cuba untuk kejut mak ajak mak bual sebab aku tahu tu hari akhir aku boleh jumpa mak, sebab lepasni dah balik UKM taktahu bila lagi boleh balik.


"Lin, baik kau bersihkan muka mak, buangkan tahi mata mak, lembabkan muka mak, urut kaki mak ke. Kau lepasni dah balik sana, entah bila lagi kau boleh jaga mak, entah bila lagi kau cuti, boleh balik sini. Ni kaki mak kering, kau lembabkan lah, kesian kulitnya mengelupas tu", pesan adik kat aku.

Betul jugak apa yang adik aku cakap tu. Aku pun buatlah semua yang dia suruh tu. Dalam masa sama, aku jugak berusaha buat mk bangun dari tidur. Taklama tu, mak buka mata dia. Im was so happy this time! Inilah peluang untuk aku bual dengan mak walaupun mak tak bagi apa-apa reaksi sekurang2nya mak dengar apa yang nak aku sampaikan.
"Mak, ilin datang ni. Mak kena kuat tau, mak kena cepat sihat, cepat sembuh, nanti boleh makan semula macam biasa. Mak, ilin esok dah kena balik u, mak doakan ilin terus berjaya tau. Ilin selalu doakan mak cepat sihat, nanti mak boleh jalan-jalan. Ilin sayang mak tau, ni ilin taktahu bila lagi ilin balik Ayer Hitam, Ilin minta maaf", bisik aku pada mak.

Mak seolah-olah faham dengan apa yang aku cakapkan. Aku nampak muka mak sedih, air mata dia mengalir. Aku pulak tahan je sebak ni. Taklama lepastu Pak Guard datang bilik ke bilik beritahu bahawa waktu melawat sudah habis. Tanpa lengah masa, aku pun terus salam cium mak, keluar dari bilik pesakit. Aku juga sempat berpesan pada adik supaya terus sabar dan kuat selalu. Aku pun terus balik dari hospital. 

Sampai di rumah, aku terus siap siap kan barang yang perlu di bawa untuk balik ke universiti. Tiket pukul 6:45 pagi pulaktu. HAHAHHAHAHA!

Tibalah hari AHAD, waktu nya untuk aku pulang ke tempat asal. Fuhhh sedih je rasa nak kena balik u sedangkan mak masih kat hospital. Tapi aku tetap kuatkan semangat untuk terus berjaya. Sebab aku tahu itu yang mak nakkan. Ayah pulak selalu ingatkan aku untuk terus berusaha, jangan patah semangat. "Ayah ada, ayah boleh jaga mak, kau jangan risau, belajar betul betul kat sana, jaga diri, dah sampai telefon", pesan ayah.

"Solat jangan lupa, kau doakan je mak kau cepat sihat, takde apa apa yang teruk", pesan pakcik sebelum aku menaiki bas. Seleps tiga jam perjalanan, akhirnya aku sampai di bumi UKM, selepas sampai di kolej aku terus rehatkan diri. Malamtu, aku ada telefon adik nak tanya pasal perkembangan mak. "Mak okay je, mak tengah tidur, nafas mak makin okay", kata adik. Tenang sikit dengar macamtu. Aku pun terus tidur, tiba-tiba jam 2:35 pagi.................................................... 



Friday, 16 February 2018

FirstDay

Sama-sama kawan dari sekolah menengah

Sabtu, 26 Ogos 2018 merupakan hari pendaftaran dan hari pertama aku untuk terus melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjanamuda di Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, jurusan Ekonomi. Perasaan masa ni bercampur baur sebab lepasni dah kena duduk jauh, jauh dari mak, dari ayah, kena pandai-pandai hidup sesorang kat sini untuk tiga tahun. Lagipun ni pertama kali tinggal jauh dari keluarga muehhehehe. Perjalanan aku dari Johor ke sini semuanya dipermudah. ALHAMDULILLAH, besar besar terima kasih kepada kawan, Siti Nursyafiqah Binti Azmi sebab tumpangkan aku, bawa aku sekali untuk datang kesini. Aku takkan lupa jasa keluarga kau sebab korang lah aku boleh daftar and masuk sini sesama korang. Taklupa jugak Shuda yang dah bawakkan beg besar aku dari Ayer Hitam. Hahahaha ni semua sebab aku tumpang orang.


Aku kesini penuh dengan perasaan campur baur, serba salah, gembira, sedih semua ada. Yelah dah kena berhijrah kesini, siapa je kan suka bila duduk jauh dari keluarga? Nak kena tinggalkan ayah, dan benda paling sedih bila mana aku kena tinggalkan MAKKKK kat rumah!

Nak kongsi, mak dah lama dah sakit. Dia cuma terlantar je, takboleh nak buat apa-apa, cakap pun takboleh. Dan benda aku paling harap, aku harap mak tahu yang aku dah masuk universiti masa dia masih ada sebab time aku masuk u masatu aku takpasti samada mak tahu ke tak. Sebab mak tak bagi respon apa-apa masa aku nak pergi masatu. 

Aku kesini datang dengan keluarga orang, keluarga Piqa ni lah. Sedih tau masa ni. Sebab aku tengok semua keluarga dorang sendiri yang hantar. Ada yang atuk nenek semua ikut.  Masa pendaftaran masatu, kereta mak ayah pelajar semua parking di Dewan Gemilang, lepastu pelajar dikehendaki untuk berdaftar mengikut Fakulti memasing naik bas. Diorang daftar semua dengan keluarga diorang. Aku? hahahahaha aku semua buat seorang, buat sendiri. Macam takde keluarga. Hahaha takpe, aku takkisah pun. Hehehe lagipun ayah takde kenderaan pun nak hantar ke sini, di tambah lagi kalau ayah yang hantar, siapa yang nak jaga mak kat rumah kan? Heheheheh takpe, aku kuatkan hati, kuatkan semangat untuk terus berdiri kat sini. 


TERIMA KASIH banyak-banyak kepada syafiqah and shuda sekeluarga! Dan sekarang aku dah masuk sem 2 dah. Alhamdulillah.

Kawan

Assalamualaikum semua!  Post akhir mungkin.... Okay, post akhir ni aku akhiri dengan kisah tentang kengkawan aku yang ada dengan...