Saturday, 28 April 2018

Kawan Baik Susah Nak Cari

Hai Assalamualaikum semua!

Petang petang macamni tetibe macam rajin pulak nak buat blog pasal kengkawan. Kalini aku kenalkan dengan kawan kawan aku sepanjang zaman form 6 dulu okay? Nanti lepasni kalau rajin, aku taip pasal kawan kat sini pulak ek. Hehehehhe. Gambar kat bawah ni gambar sehari sebelum kitorang Final Exam untuk Semester 3. Nampak tak muka masing-masing? Haaa, tu kitorang sengaja je tau. Dengan tudungnya macamtu, Subhanallah. Cantik-cantik semuanya.


Yang first paling kiri ni, Nor Atiqah Binti Kadir, sebelahnya yang bertudung biru tu pulak Nurul Huda Nasuha Binti Mohd Mizam, Yang tengah tu? hahahahaha, okay sebelah aku tu pulak, Norshuhada Binti Bukhari dan paling kanan tu pulak Nur Syahira Alia Binti Misran. Semua ni aku kenal dan jadi rapat sejak masuk form 6. Entah macam mana tah boleh terjadi kawan, tersatu geng, terdegil dan terjahat sama-sama. Padahal dulu time form 5 kelas sebelah-sebelah je, tapi langsung taktegur, setakat senyum-senyum je. Sekali sekarang, terkawan baik pulak. Hehehehehe.

Aku kenalkan ikut susunan jelah senang sikit. First, tiqah. Pada aku dia ni lah budak paling senyap dalam geng ni. Tapi senyap-senyap dia, berapi jugak ek bila dah marah. Hahahahah, aku suka kawan dengan tiqah sebab sehari dalam seminggu mesti dia akan bawakan bekal nasi, telur dadar dan sayur kacang buncis masak tumis. Dia bawak bukan sikit, bawak sekali banyak untuk 5@6 orang makan tau. Sedap ehhh! Lagi nikmat bila makan reramai. Lagi satu, dia ni pattern kalau dah malas, memang akan malas. Kadang sampai aku pun terikut dia punya malas. Tapi yang peliknya, malas-malas dia ni, bijak ek orangnya. Mungkin bakat terpendam dia lah kot.

Next, Huda. Okay, antara geng gila-gila dalam ni, dia lah ketua segala gila. Aku jadi takmalu nak berkawan sebab dia lah ni. Main tegur je orang untuk cari kawan. Huda ni okay je, tapi bila sampai mood tak elok dia, hah mampus semua benda yang dia takpuas hati dia keluarkan. Dia ni pattern kuat berusaha. Bila takdapat sesuatu, atau takfaham sesuatu, dia usaha jugak untuk dapatkan apa yang dia nak tu. Biasalah, mungkin sebab anak sulung kot. Lagi satu, huda ni mungkin susah nak berpisah dengan aku kot. Dimana ada aku, di situ ada Huda. Buktinya, lepas STPM Huda kerja kat JB, tapi taklama lepastu dia kerja pulak dekat PISB, sama tempat kerja dengan aku. Then, sekarang sambung degree pun masih sama-sama dekat sini.

Sebelah kanan aku tu pulak yang pakai tudung coklat tu, nama dia Shuda. Ni lah geng aku tidur dalam kelas. Hahahahaha, penat tau asik tidur je dalam kelas, selalu kena marah sama-sama terutama masa kelas ekonomi. Memang muka ni jelah yang selalu kena marah dengan cikgu Ananthan. Heheeheheh degil-degil kitorang, muka ni jugaklah akhirnya yang dapat masuk u. Okay, aku dengan shuda ni pun sekarang belajar kat tempat sama, satu kolej kediaman, nasib baik lain blok. Kalau tak mesti bosan sebab asik nak hadap muka sama je bertahun-tahun. Hahahahahaha ceh! Shuda sejak masuk u ni, fikiran dia peh matang sematang matangnya. Beza sungguh time Form 6 dedulu. Dia lah jadi pemberi nasihat aku sepanjang aku kat sini.

Okay, last sekali yang kecik molek tu Alia nama dia. Tapi kitorang panggil Oliy. Oliy ni pulak, aku suka pergi rumah dia kalau bosan-bosan duduk rumah terutama time cuti. Haaa, oliy ni dah lama sikit kenal, sebab kitorang pernah kerja satu tempat sebelum masuk STPM, kiranya kerja sementara sebelum SPM, haa kerja PISB jugak. Oliy ni pemurah sebab dia lah yang selalu memberi perkhidmatan kereta dalam geng ni, dan pemandu kita macam biasalah, yang kecil lagi sorang tu, Atiqah.

Sekian, serba sedikit tentang dorang. Sekarang nampaknya kitorang dah makin jauh. Aku dengan shuda jelah selalu jumpa sebab kitorang sama kolej, satu u. Dengan Huda ni pulak, jarang sangat jumpa. Aku rasa sem 2 ni belum pernah terserempak lagi dengan dia walaupun belajar satu u. Tiqah dengan Oliy ni pulak masing-masing dekat UPSI dengan UTHM. Memang susahlah nak ada masa free sesama. 

Last, aku harap korang tetibe terajin nak buka blog, then terbaca post aku yang ni. Doakan aku, kita berjaya sesama tau! Lebih dari Form 6 dulu, semoga korang sentiasa diberi kesihatan yang baik selalu! Okay, bawah ni gambar terbaru kami. Last jumpa masa cuti sem lepas. 




Wednesday, 25 April 2018

54th

Assalamualaikum and hai sekali lagi!

Harini 25 April 2016. Okay, harini Hari Lahir ayah yang ke 54. Semoga semua yang baik-baik dan sentiasa diberkati hidupnya oleh-Nya.

Aku suka jadikan ayah ni idola aku tau! Sebab apa? Huhuhuhuhu ayah ni seorang yang kuat tau! Kuat sangat. Kuat kenapa? Kalau nak tahu, dalam tempoh setahun setengah iaitu sepanjang 2016 hinggalah akhir tahun 2017, ayah hilang 3 orang ahli keluarga dia sendiri. Boleh bayangkan tak apa yang dia rasa? Ayah hilang anak awal tahun 2016, lepastu emak kandungnya pulak menghadap Ilahi, then tak lama tu, isterinya (mak kitorang) pulak yang pergi tinggalkan kitorang sekeluarga. Semua tu berlaku dalam tempoh yang singkat. Dulu aku selalu bayangkan, macam manalah orang tu kuat bila salah satu family diorang pergi tinggalkan dunia. Bila dah kena sendiri, baru aku tahu dia punya rasa sakit. Hehehehehehe! Tapi takpe, ni dugaan kitorang.

First time aku nampak muka ayah sendu je. Time ni masa arwah yana(anak kedua), kakak aku yang kedua meninggal. Memang muka ayah nampak okay, sedih dia langsung taknampak. Pandai ek ayah sorokkan. Hahahahaha, tapi aku nampak muka kecewa dia. Ha biasalah baik-baik 6 orang anak, sekarang tinggal 5 je. Mana tak sedih. Huhuhhuhuhu! Ayah pandai kawal emosi. Selalu pesan kat kitorang jangan selalu kenang sangat yang dah takde. Yang ada ni, teruskan hidup. Jangan Putus asa.

Ayah ni lagi satu yang aku suka, dia taksuka menunjuk-nunjuk. Salah satunya, sampai sekarang bila orang tanya "anak kau sambung belajar mana?", "anak kau dapat berapa A SPM?", "pointer anak kau cmana?", kau tahu ayah aku jawab apa?

"Entah lah, taktahu. Katanya okay, okay lah tu"

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! Okay, part ni aku jujur, kadang aku geram jugak. Hahaha, aku belajar rajin-rajin, sungguh-sungguh sebab nak banggakan ayah, happykan ayah, tunjukkan dekat orang yang kitorang ni juga boleh bangun setaraf dengan diorang yang selalu pandang rendah kat kitorang ni. Tapi, ayah pulak taknak banggakan aku kat orang. Hhahahahaha, takpelah. Aku faham kenapa ayah taknak menunjuk macamtu. Ada kisah dia. Huhuhuhuuuhuhu!

Last, Selamat Hari Lahir Ayah, huhuuuhuhuhu, aku harap suatu hari nanti ayah terbuka blog aku tanpa sengaja, dan dia baca blog aku yang ni. Hahahaha walaupun aku tahu ayah takkan pernah guna internet. Huhuhu, korang doakan tau semoga ayah selalu sihat, panjang umur dan baik-baik selalu. Korang jaga mak ayah korang elok-elok okay. Hehehehe, ni aku sertakan gambar ayah kitorang sekeping. Haaa, ayah ni memang susah skit nak bergambar.

Selamat Hari Lahir Bapak.

Wednesday, 18 April 2018

Dunia Tanpa Sempadan

Assalamualaikum, hai! Lama tak post blog kan.

Heheheh, blog kalini aku nak share karya first aku kira karya agung sepanjang hidup aku. Huhuhuhuhuhuh.

Okay, karya ni aku buat time aku kat Tingkatan 6 Atas sebagai Kerja Kursus aku bagi subjek Seni Visual Semester 3. Takut, stress, murung semua ada sepanjang aku semeseter 3 untuk siapkan benda alah ni. Dengan kena reject nya, duitnya lagi untuk beli barang-barang semua ni. Allah, semuanya aku hadapi dengan tabah semata-semata untuk ilmu pengetahuan dan sebutir A untuk subjek ini.

First, kitorang kena pilih samada untuk hasilkan karya atau perekaan. Untuk karya, kitorang kena buat lambang kekuatan seekor harimau bagi menggambarkan keunggulan sesebuah syarikat. Untuk perekaan pula, diorang kena buat plan tadika yang akan dibina kemudian. Secara majoritinya, kelas kitorang buat pengkaryaan.

Selepas membuat keputusan, kitorang kena pilih sebuah syarikat apa yang kitorang boleh guna dan kaitkan dengan harimau untuk melambangkan keunggulan syarikat tersebut. Aku pilih syarikat TM. Hmm, penat tau nak fikir nak kaitkan harimau dengan TM. At last, aku kaitkan TM punya rangkaian sepantas larian harimau. Idea diterima!

Seterusnya, lepas dah proceed dengan idea karya, kitorang kena pilih pula nak guna aliran apa. Realisme(betul-betul sama dengan realiti), separa realisme (separuh realiti, separuh tidak real), kubisme (lebih kepada geometri), surelisme(susah untuk dibaca) dan banyak lagi. Aku lupa dah. Tapi sebelum tu, kitorang kena lukis 20 helai pelbagai aksi dan gambar harimau. Naib baik boleh tekap. Kitorang tekap guna lighting board. Kalau takboleh tekap, harimau boleh jadi orang lidi aku rasa. Hahaahahahahah! Lepas dah buat 20 helai ni, kitorang kena hantar kat cikgu. Then, cikgu akan pilih satu harimau yang kitorang akan susun pulak untuk final karya nanti. Eh lupa, sebelum cikgu pilih kena guna harimau mana, kitorang jugak kena lukis beberapa subjek sokongan untuk diletakkan dalam karya. Subjek sokongan ni contohnya macam logo syarikat ke, atau apa-apa lah yang ada kaitan dengan syarikat yang kita gunakan. Kalau macam karya aku, subjek sokongan dia ialah menara elektrik tu, wifi, bendera, bumi dan burung. Haaa setiap satu tu aku kena cari sekali banyak tau. Bukan satu dua je, puluh-puluh aku buat. Next, tunjuk lagi kat cikgu untuk cikgu decide nak guna gabungan mana yang paling sesuai untuk karya aku.

Time ni,kitorang kena buat sekurang-kurangnya 10 helai untuk setting kedudukan subjek-subjek dalam karya memasing. Hmm, aku dah buat cukup 10, tapi semuanya cikgu tak berkenan, Dalam 15 helai jugak aku buat baru lah cikgu terima. Then, lepas dah siap bahagian ni, kitorang kena buat kajian warna. Kajian warna ni dalam 20 helai kot kitorang buat. Warna asas, sejuk, kromatik, monokrom, panas, harmoni, warna realistik dan selebihnya tu kitorang buat untuk kajian media. Antara media yang aku cuba guna masatu pewarna makanan, kunyit, kicap, sos, sirap, warna air, akrilik entah apa entah lagi.



Nak cerita sikit, karya aku paling awal cikgu lepaskan untuk lukis atas kanvas, tapi aku jadi orang kedua ke ketiga camtu lukis atas kanvas. Hahahahaha, nak tahu sebab apa? Sebab cikgu kata karya aku dah okay, tapi belakang dia kira background dia pulak nampak kosong. Hmm, macam-macam aku cuba letak untuk jadi background. Tapi semuanya cikgu tolak. Akhirnya, aku cuba letak bendera Malaysia atas nasihat kawan. Akhirnya cikgu terima!

Media apa yang aku guna? Aku guna akrilik, dia sama je macam cat minyak juga, tapi cat minyak lagi mahal dan susah sikit nak guna. Okay, satu botol akrilik ni harga dia RM 9 lebih kot. Haaaa, berapa banyak botol nak beli? Aku beli warna asas je masatu dengan mustard sebotol. Besttttt tau masa buat projek ni. Awal-awal buat, memasing kedekut taknak kongsi kaler, dah akhir-akhir masing-masing takkisah dah nak kongsi sesama, sampai ada yang lupa siapa pinjam siapa. Huhuhuuhu! Setiap hari balik 6 petang semata-semata nak siapkan projek ni. Dah nak minggu final, time kitorang buat Pameran Seni haa memang memasing tidur sekolah untuk siapkan folio dan jugak karya atas kanvas. Gambar kat atas tu ada contoh kaler akrilik, macam botol pencuci muka warna mustard tu.

Rasa nak share tu je kot. Ni gambar karya aku. Time ni Pameran Seni Visual sedang dijalankan di sekolah kami, SMK DATUK MENTERI, Ayer Hitam.


Dah alang-alang ni, aku kongsi sikit pasal Karya aku ni. 
  • Tajuk Karya: Dunia Tanpa Sempadan
  • Aliran: Separa Realistik 
  • Media: Akrilik
Intepretasi Subjek Sokongan
  • Bumi: Subjek ini menunjukkan bahawa syarikat TM menyediakan rangkaian perkhidmatan jalur lebar ke serata dunia tanpa sempadan.
  • Jalur Gemilang: Melambangkan bahawa syarikat TM adalah milik Malaysia.
  • Burung: Perkhidmatan rangkain jalur lebar bebas digunakan di mana sahaja.
  • Menara Wifi. 


Rakan Seperjungan selama Setahun Setengah di SMKDM





Tuesday, 17 April 2018

Short Sem

Assalamualaikum,

Bad news! Hahahahahha, nak tahu kenapa? Kami pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Tahun 1 kena amek short sem tau lepas sem 2 sesi 2017/2018 ni. Okay, yang sedihnya, last paper aku 11 Jun paper Aplikasi Komputer. Kita start raya 15 Jun. Ha tu okay lagi, masih ada masa lagi nak cari baju raya. Huhuhuhuhu. Tapi yang paling tak bestnya aku boleh raya 10 hari je tau tahun ni. Sebabnya? 25 Jun aku dah start short sem. Hohohohohoho! Can u feel me?

Hahahahaha, mana je aku boleh pergi dalam masa 10 hari tu? Ha, takpelah. Korbankan sikit untuk belajar. Bukan selalu dapat merasa & berkorban macamni.

Lagi satu, aku taktahu kenapa tahun ni aku excited lain macam nak raya. Sama jugak macam tahun lepas, excited noh nak tunggu raya. Tapi kalini, mesti lagi sunyi kan? Sebab arwah mak, arwah yana takde. Huhuhuhuhu. Takpelah, family yang lain masih ada......

Thursday, 12 April 2018

Petai



Petai? Haaaa, mesti ramai yang tak suka kan? Korang mesti taksuka bau dia dan rasa dia kan? Hahahaha pahit pahit camtu. 

Kalau nak tahu, ini lah makan favourite aku sejak azali lagi. Petai ni yang sedap bila dia betul-betul tengah masak, tak terlalu muda tak terlalu tua. Bergantung pada orang jugak. Pada aku, petai ni sedap time dia tengah nak masaknya. Rasa dia pekat dan betul-betul pahit. Kadang kalau makan macamtu je, ada sikit rasa pedas. Ada yang suka petai ni masak sambal tumis, ada yang suka makan mentah-mentah macamtu. Kalau aku, aku lagi suka makan macamtu je. Baru real dia punya rasa. Makan dengan nasi dengan ayam ungkep macam kat bawah ni, wowwwww! sedap ehhh rasa dia. Takpuas makan! Haaaa, kadang aku makan dua papan sekaligus, nasi sikit petai lebihkan. Huhuhuhu baru sedap! Okay ni aku belanja sikit gambar lauk masatu, ayam ungkep dengan petai. Nikmat weh!


Petai ni satu je, bila buang air kecil, dia akan meninggalkan kesan bau dekat tandas tu. Huhuhuhuhu, ini tak dapat nak dielakkan. Normal lah ni kan, sama juga dengan jering. Jering ni sama je rasa dia dengan petai. Tapi rasa jering lebih pekat berbanding petai. Aku takreti dan tak berminat sangat makan jering. Hehehhehe. Okay, lagi satu nak pesan, bila dah makan petai ni, korang kena lebihkan minum air masak tau! Minum banyak-banyak sebab tekak akan kering bila makan petai ni. 

Petai ni kalau dah terlebih masak, kulit dia akan berubah menjadi hijau pekat atau kehitaman sedikit. Isi dia pulak akan jadi warna oren (selaput). Tapi time ni rasa dia dah tak pahit sangat. Manis-manis macamtu, lembut sikit pun ye jugak. Tapi aku tetap suka petai yang sedang-sedang, fresh hijau lagi sebab dia keras dan pahit. Huhuhuhuhu! Bawah ni aku tunjuk contoh petai yang dah terlebih masak.


Monday, 9 April 2018

Hystrix Brachyura

Landak raya atau Hystrix Brachyura merupakan sejenis mamalia berbulu keras di seluruh bahagian badan. Bulu landak yang sering digambarkan sebagai duri beracun pula merupakan mekanisme pertahanan landak. 


Disebalik keupayaan melepaskan duri, landak sebenarnya mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri, landak akan mengembangkan bulu kerasnya sehingga seluruh badan mamalia itu kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras tercacak. Sesetengah landak bertindak menyerang pemangsa menyebabkan durinya boleh tercucuk kepada pemangsa tersebut tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga spesies landak yang mempunyai bulu lembut seperti Trichys Lipura di Borneo.

Daging landak yang mempunyai protein yang tinggi, lembut, tidak mengandungi lemak dan kurang serat menjadikan ia semakin diminati penggemar makanan eksotik. Malah, peratusan protein daging landak raya sama dengan daging lembu dan kambing selain mengandungi asid amino yang tinggi dianggap ubat mujarab untuk proses penyembuhan luka. 

Dalam keadaan liar, landak raya biasanya akan membina terowong dalam tanah dan lubang pada banir pokok sebagai tempat tinggal. Terowong yang di bina itu pula biasanya mempunyai beberapa lubang keluar. Haiwan ini lebih aktif pada waktu malam dan balik ke sarang pada waktu subuh. 


Saturday, 7 April 2018

Matematik

Assalamualaikum, hai semua!

Matematik? Haa, mesti ramai yang tak suka subjek ni kan? Kenapa taksuka? Sebab banyak sangat formula nak kena ingat kan? Bukan tu je, math ni lagi satu, jawapan dia tetap ada walaupun cara kerja kita betul atau salah. Janganlah benci subjek ni, sebenarnya math ni lagi senang nak score tau berbanding subjek lain. Nak tahu kenapa? Sebab Math ni cuma kira-kira je. Takde apa-apa fakta pun yang kita kena hafal. Cuma kena fokus je! Okay, cmana nak score math? Saya share di bawah okay? Senang je, tak banyak, and tak susah pun.

Fokus, fokus, fokus!

  • Macam biasa lah, nak A+ mestilah kena fokus. Dalam kelas tu duduk dendiam, fokus dengan setiap kata yang cikgu/pensyarah cakap. Catat setiap formula penting atau formula mudah yang mereka bagi. Jangan pernah skip kelas. Math ni sentiasa berkait antara setiap bab, jadi, kalau kita skip kelas, haaa memang susah lah nak catch up semua. Susah bila kita dah masuk bab baru, sedangkan bab yang lepas kita tertinggal.

Memperbanyak Latihan

  • Untuk Math, kita tak perlukan banyak buku untuk dibaca sebab math ni kira-kira je. Kita cuma perlukan buku latihan yang banyak dan berulang ulang membuat latihan. Ini semua untuk memudahkan kita faham dan biasa dengan formula math. Oleh itu, tanpa kita sedar kita mampu jawab soalan tanpa melihat formula. Lagi satu, kalau nak beli buku latihan tu, pastikan beli buku yang siap ada jawapan dan jalan kerja dia tau! Senang untuk semak. Bila dah tahu jawapan kita tu betul, mesti lagi excited nak buat latihan kan? Tapi, jangan main tiru je tau bila mana takdapat jawab. Cuba fahamkan betul-betul cmana dia boleh dapat jawapan, and last kalau takdapat jugak, haaa baru tanya cikgu tau. Jangan tinggal macamtu je. 

Okay, dua tu je sebenarnya kunci utama untuk score Matematik. Selamat Mencuba and Goodluck!

Thursday, 5 April 2018

Jenis-Jenis Inflasi

Ekonomi?

Dari mikro, makro hinggalah ekonomi Malaysia dan segala jenis ekonomi lah in sha Allah aku minat segala subjek ni. Hahahahaha, dari zaman form6 lagi tau minat, sebabtu aku buat keputusan untuk terus sambung kos Ekonomi dekat U ni. Walaupun ramai pakcik makcik bawang tak galakkan untuk sambung kos ni. Hahahaha, takpelah, aku yang sambung aku yang tanggung risiko dia sendiri. Muehehehehe! ∶)

Ekonomi ni belajar pasal apa? Haaa segala yang berkaitan lah dengan ekonomi yang kita jalankan dekat Malaysia, contohnya permintaan dan penawaran, harga, upah, buruh, dasar kerajaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan banyak lagi. Nak tulis semua, takmuat entry ni. Hohohohoho!

Alang-alang ni, aku share lah serba sedikit pasal Makro memandangkan semalam aku baru je abes satu test untuk Makro, Haa, masih fresh lagi ni. Aku paling suka tajuk Inflasi. Oleh itu, aku share pasal inflasi jelah okay? Lepasni, aku cerita tajuk lain pulak. Muehehehe.

Inflasi ada 3 jenis tau. 

Inflasi Tarikan Permintaan

  • Inflasi jenis pertama ni berlaku disebabkan oleh kenaikan dalam permintaan agregat (AD) yang terdiri daripada penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan, dan eksport bersih. Ia berlaku apabila permintaan meningkat secara mendadak sedangkan penawaran terhadap sesuatu barang itu tetap atau tidak berubah. 
  • Untuk atasi inflasi jenis ini, kerajaan akan menjalankan dasar fiskal dan dasar monetari menguncup. Dasar fiskal menguncup dijalankan adalah dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan meningkatkan cukai. Oleh itu, harga terhadap barang tersebut akan mahal seterusnya, permintaan akan berkurang dan inflasi dapat diatasi.
  • Dasar monetari menguncup pula adalah apabila Bank Pusat menjalankan operasi pasaran terbuka iaitu mereka akan menjual sekuriti kerajaan kepada isi rumah atau firma. Ini akan mengurangkan pegangan wang isi rumah seterusnya akan mengurangkan perbelanjaan isi rumah, lalu permintaan berkurang seterusnya inflasi dapat diatasi.

Inflasi Tolakan Kos

  • Inflasi jenis ini pula adalah disebabkan oleh kenaikan harga barang dalam pasaran yang berpunca daripada kenaikan kos pengeluaran seperti peningkatan harga input pengeluaran. Hal ini akan mendorong firma menaikkan harga walaupun mereka terpaksa menanggung risiko pengurangan permintaan. 
  • Untuk atasi inflasi jenis ini, kawalan langsung seperti penetapan harga bagi barang-barang tertentu dan pengawalan kenaikan gaji dan upah perlu dilaksanakan.
  • Penetapan harga bagi barang tertentu adalah dengan kerajaan akan menjalankan dasar harga siling, iaitu kerajaan akan menetapkan harga maksimum yang boleh dikenakan oleh pengeluar kepada pegguna. Biasanya barang yang ditetapkan harga siling adalah barang keperluan pengguna yang penting. Oleh itu, penjual tidak dapat meletakkan harga yang terlalu tinggi dan inflasi jenis ini dapat dikawal.
  • Pengawalan kenaikan gaji dan upah pula iaitu gaji dan upah pekerja yang tetap atau tidak ditingkatkan dapat mengekalkan corak penggunaan isi rumah dan tidak merangsang kepada kenaikan perbelanjaan agregat. 

Inflasi Barang yang Diimport

  • Inflasi jenis ini pula adalah berpunca daripada kenaikan harga barang yang diimport. Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi jika barangan import mengalami kenaikan harga. Pengeluar juga biasanya memnidahkan sebahagian peningkatan kos barang input yang diimport kepada pihak pengguna dengan menaikkan harga jualan barang mereka.
  • Untuk atasi masalah ini, barangan import yang mahal perlu di kawal
  • Selain itu, barang eksport juga perlu dikawal untuk memastikan pasaran tempatan tidak mengalami kekurangan. Jika pasaran tempatan mengalami kekurangan, harga barang tersebut pasti akan dijual mahal kerana permintaan yang tinggi sedangkan kuantiti sedikit. 


Best tau bila belajar makro ni. Kita boleh tahu apa yang kerajaan kita buat untuk atasi masalah ekonomi yang berlaku. Kita juga boleh tahu apa yang kerajaaan buat untuk kembangkan ekonomi negara dengan lebih mendalam. Okay, setakat ni, aku share sikit je dulu. Lepasni aku sambung lagi kalau aku rajin nak berbicara ilmiah dekat blog ni. HUHUHUHUHU!!!

Kawan

Assalamualaikum semua!  Post akhir mungkin.... Okay, post akhir ni aku akhiri dengan kisah tentang kengkawan aku yang ada dengan...