Wednesday, 28 March 2018

HILANG TIADA GANTINYA


13 Januari 2016………


Assalamualaikum, haaa kenapa dengan tarikh tu? Huhuhuhuhuhuhu, kalini nak cerita pasal kakak kedua. Kat sini aku guna nama dia terus jela ek. Haa nama dia ‘Yana’.

Ingat lagi, 13Jan hari Rabu masatu. Semua adik-adik lambat bangun nak pergi sekolah. Masing-masing kelam kabut, ha termasuklah aku sekali. Dengan kain pengakapnya yang hilang, tudung belum iron, haaa semua huru hara time tu. Malamtu, yana ada bawa balik kereta proton wira putih , pinjam dari kawan dia. Dia berniat nak hantar adik last aku, Sida pergi sekolah. Sidah tu masih sekolah rendah, sekolah kat kampung je. Aku risau jugak dia cakap dia pun nak hantar adik aku yang sekolah menengah tu sekali naik kereta. Dahla baru reti bawa kereta, kereta pun kereta manual, lesen pun baru nak amek masatu. At last, dia Cuma hantar sidah je, sebab jalan kampung mungkin tak bahaya sangat. Okay, sambung semula pasal pagi Rabu tu. Pagi tu, aku ada jugak sempat gaduh dengan yana sebab kain pengakap aku hilang. Hahahahaha, aku marah dia sebab dia taktahu dia letak mana lepas dia guna dua tiga hari sebelum tu.

                Aku marah-marah dia sedangkan kain tu memang dia punya, aku je yang pinjam dari dia, tapi aku pulak yang emo. Hahahahaha, tapi yang peliknya, aku memarah, dia SENYAP JE pagi tu. Dia Cuma minta maaf sebab lupa letak mana. Mungkin tanda dia nak PERGI. Aku perasan dia lain macam haritu, berbual pun tak sangat. Malam tu pun balik-balik dari kerja, terus masuk bilik, tukar baju, nak mandi tapi takde air. Masa aku g bilik dia, bilik dah gelap. Jarang dia tidur awal. Tapi aku tak fikir apepun. Okay, pagitu lepas dia sesiap, dia hantar Sidah pergi sekolah. Aku dengan adik aku yang Salman pun terus pergi sekolah jugak dengan naik motor. Ingat lagi, masatu aku memarah sebab dah lewat pergi sekolah.

                Okay, kat sekolah macam biasa. Aku terlibat dengan meeting AJK Persatuan pagi tu. Masa meeting berjalan, tetibe ada dua orang kawan masuk bilik tu, minta izin cikgu untuk jumpa seseorang. Haaa dan orang yang diaa nak jumpa tu, AKU. Hmmm, muka diorang nampak lain macam. Tapi aku takfikir apepun. “saha, pakcik kau datang, muka dia pucat”. Hah, makin lain macam. Macam-macam aku fikir sampailah aku masuk ke bilik guru sebab pakcik aku ada kat dalam tu. Muka dia memang nampak sangat pucat. Huhuhuhuhu makin nebessss!!!! Apa sebenarnya yang dia nak sampaikan ek?

                                “lin, ni dah takdir, kau kena sabar”

Hahhhh! Sape je tak runsing bila dengar ayat camni kan? Okay benda pertama dalam otak aku, aku fikir EMAK. Sebab emak yang sakit masatu, aku risau mak jatuh bilik mandi pastu kena strok sekali lagi ke. “mak ke?” pakcik geleng. Ohh lega sikit aku dengar, tapi siapa? “ayah?”, bukan jugak kata pakcik. Okay, aku dapat tangkap! Otak aku terus fikir Yana. Sebab dia bawak kereta pagi tadi. Tapi aku takut nak target apa yang jadi kat Yana. Okay lepastu, aku tanya pakcik sekali lagi. “yana?, kenapa dengan yana?” pakcik angguk tanda iya. Uihh, laju jantung berdegup masa tu.

               “Yana kemalangan kat jalan kampung masa nak hantar Sidah pergi sekolah”

Okay, aku anggapp itu biasa-biasa je. Sebab paling tidak pun patah-patah sikit ke, luka sikit. Haaa, aku pun tenang tanya pakcik, “abestu yana nya cmana? Okay tak? Ke koma?” haaa, masatu aku fikir paling teruk pun dia koma je. Hahhahahahahahahaa. Tapi nak tahu?

          “Ini takdir satu keluarga kau, yana meninggal dekat situ juga”

Ya ALLAH, dugaan apa pepagi buta camni, aku dapat berita macamni? Haa terduduk kat lantai jugak masatu aku. Hahhahahahaha, Subhanallah aku hilang kakak aku sendiri masa 13Jan16. Lepastu, aku cari adik-adik aku lagi dua orang dekat sekolah tu, aku naik motor masa balik rumah tu. Haaaa, kuat betul ek aku masatu siap masih boleh bawak motor lagi. Hahahahhahahaha, tapi melayang jugaklah aku masa naik motor tu. Yana eksiden masa dalam perjalanan nak hantar sidah pergi sekolah. Sidah pun ade dalam tu jugak. Hmm, aku ingat yana sorang je yang eksiden. Alhamdulillah, sidah selamat, cuma dia cedera parah. Mulut dia koyak tepi, gigi sebaris depan dia tu haa hampir semua nak tanggal. Tapi masih boleh diselamatkan, HAHAHAHAHAHAHA! Tulang paha kanan dia patah.

Yana eksiden sebab langgar tiang lampu jalan. Haaa sidah tersepit sebabtu paha dia patah. Yang yana ni pulak, takpasti sangat sebab aku takpergi tempat dia eksiden. Sampai sekarang, aku nyesal juga lah takpergi tempat dia eksiden pagi tu, sebab sebelum ni aku memang suka tengok-tengok benda macamni. Tapi bila dah kena dekat kakak sendiri, haaa lemah semangat terus. Okay, paling sedih dalam ni, aku kesian dekat arwah mak. Arwah mak masih ade lagi masa ni. Hmmm, dia paling lambat tahu anak dia meninggal. Ayah yang bagitahu. Tapi masatu, ayah pergi ke tempat eksiden, tunggu yana di bawa ke hospital untuk bedah siasat. Sebabtu lambat. Aku pun balik rumah, takterus balik rumah, tunggu dekat rumah jiran je. Ingat lagi muka arwah mak masatu, heheheheh rindunya dua-dua. Mak terkejut sangat, sampai mak lupa yang kitorang dah bagitahu yana meninggal dunia. “kenapa orang ramai-ramai datang rumah ni lin?, ada apa kemas-kemas, kosongkan ruang tamu semula ni?” haaa itulah ayat arwah emak yang aku ingat sampai sekarang. Arwah mak pun tak sihat sangat masani. Biasalah, stroke. Bole gerak, tapi terbatas, badan dia lemah sangat.

Time jenazah datang, mak duduk bawah untuk cium jenazah pun susah. Sebab mak takboleh duduk bawah, susah dia nak bangun semula. Sedihnya bila ingat semula! Bayangkanlah, dia nak cium anak yang dia dah lahirkan, dah besarkan dari kecik sampai besar, lebih besar dari arwah mak sendiri, susah payah dia nak duduk bawah masatu, dia pun dapat tengok sekejap je jenazah. Sebab hari dah nak hujan, jadi dia suruh cepat untuk kebumi.

Okay, dalam pukul 5:30 petang macamtu, semuanya selesai. Hari pun berlalu pergi.

Tuesday, 27 March 2018

Temasya Gemilang Kolej Keris Mas


Assalamualaikum semua!

Rasa macam dah lama tak menaip kat sini. Muehehehe.

Kalini nak cerita pasal temasya yang baru-baru diadakan di kolej kediaman kami.

3 hari yang lepas, Kolej Keris Mas telah menganjurkan Temasya Gemilang Kolej Keris Mas bermula dari 23 Mac sehingga 25 Mac 2018. Temasya tersebut dianjurkan secara besar-besaran. Beberapa artis telah dijemput hadir. Antaranya termasuklah Syamsul Ghau-Ghau dalam forum Bicara Santai “Cuit-cuit Cinta”, Mat Luthfi dalam Bual Bicara Santai pada hari kedua, dan akhir sekali ialah Zamani, dalam persembahan artis di malam penutupan pada 25 Mac 2018. Temasya tersebut mendapat sambutan hangat bukan sahaja dari penduduk kolej Keris Mas itu sahaja, malahan seluruh pelajar yang tinggal di kolej-kolej dalam UKM. Banyak aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang tiga hari tersebut. Okay, ni aku sediakan sekali dia punya tentatif sepanjang temasya masatu.



Banyak juga gerai-gerai menjual makanan pada hari tersebut. Semuanya sedap-sedap! Harga dia pun okay sesuai dengan rasa dia. Hahahahaha! Kedai jual pakain pun ada jugak. Hah, bawah ni gambar gerai-gerai yang jual makanan. Yang jual pakaian, lupa pulak nak amek. Heheheheheh!. Nampak meriah kan??


Haaaaa! Kalau nak tahu apa yang paling best sepanjang temasya ni? Pada aku, RUMAH HANTU ni hahh yang paling best! Hahahahaha! Rumah hantu ni dia buat dekat Blok 2 kolej kkm. Satu tiket RM 5, kitorang masatu masuk sekali 5 orang. Haaa, kena beratur panjang tau kalau nak masuk. Masatu kitorang tunggu dari pukul 9 malam, beratur panjang. Hah, pukul 10:45 malam baru dapat masuk. Dapat bayangkan tak betapa ramainya yang nak masuk? Okay, bila dah masuk, not bad! Seronok weh! Apa taknya, kitorang kat dalam tu kemain lagi. Penat hantu tu nak bawak watak seram, kitorang? Ketawa je lebih. Benda yang seram jadi lawak. Hah ingat lagi, hantu pun ada yang ikut ketawa jugak masatu. Hahahaha! Tapi apepun memang best! Pandai diorang nak tarik orang datang sini! Muehehehehe okay dah nak cerita ini je. Huhuhuhuhu!


Tuesday, 20 March 2018

Anugerah

Assalamualaikum, harini Selasa 20 Mac.

Harini kelas 3 jam je jam 11a.m sampai 2 petang. Tapi taksampai pukul 2 pun. Dalam pukul satu lebih camtu je dah abes kelas dah. Harini happy dia lain macam sikit. Huhuhuh
Sebab tadi sementara tunggu bas dekat bus stop, tetibe dapat email. Aku biasanya kalau dapat email ni memang malas nak bukak. Terus clear notification je. Hohoho, tapi tadi dapat email, tergerak pulak hati nak buka, baca email itu. Email tu datang dari Academic Development UKM. Excited terus tau naak buka! Atas tu pulak dia tulis “Jemputan Ke Majlis Anugerah Dekan Semester 1 2017/2018’. Haaaa, mana taknya happy semacam! Alhamdulillah, aku masih boleh dapat dekan time sem 1 walaupun time tu dugaan banyak datang, aku mampu untuk terus berusaha dan tak patah semangat.

Dah alang-alang ni, aku cerita terus lah ek zaman semester 1 aku ataupun pengalaman sem satu aku lepas. Hahaha, ni kira first time tau belajar jauh dari family. Semua nak kena urus sendiri. Dah takde cikgu nak tolong lagi. Belajar pun dah takde siapa yang nak pantau. Latihan? Haa lagilah langsung takbuat latihan apa-apa. Bergantung pada tutor je. Sikit je kan? aku pun masatu dah bajet dah final result memang down. Belajar pun last minit. Cikgu pun ada pesan. “ awak dekat u belajar betul-betul, jangan kantoi pulak”. Lagilah aku risau masa cikgu cakap macamni. Sebab aku tahu tahap aku, tak sehebat masa tingkatan 6. Masa sekolah dulu cikgu selalu jaga kitorang, latihan setiap hari bagi, mana takfaham cikgu boleh ajar satu-persatu. Lain sungguh dengan dekat universiti ni. Haaa, korang nanti dah masuk u, get ready mental fizikal okay? Jangan sibuk sangat dengan benda yang remeh temeh ni. Terindu zaman sekolah pulak ek. Hahahahah!

Aku belajar memang main-main semester 1 ni. Kalaulah dulu aku betul-betul struggle, mungkin aku boleh dapat yang lebih baik. Haa, dulu setiap kali abes kelas, balik kelas terus balik kolej, terus tidur. Benda yang dah belajar kat kelas, langsung tak ulang semula. Tahu bila aku ulang semua tu? Time studyyyy week!!!! Hahahaha terukkan? Minggu study week tu, aku balik rumah. Hahaha bila dah dekat rumah ni, memang payah lah kan nak belajar? Dengan sibuk nak keluar berjalan lagi. Tapi Alhamdulillah, masa study week tu aku da set jadual belajar aku betul-betul dan aku boleh ikut. Masatu wujud jugaklah rasa nyesal sebab banyak benda yang nak kena belajar semula. Siapa je kan minat membaca? Huhuhuhu.

Ada jugak, sehari sebelum paper first exam, aku murung. Duduk sesorang, takbual langsung. Kawan bual seolah-olah berbual dengan tunggul. Sebab aku langsung tak bagi apa-apa respond. Teruk kan? Okay, ada lagi satu habit aku setiap kali nak firstday exam. Apadia? Hahaha. Aku akan nanges duluuuu sesorang! Aku pun taktahu kenapa. Mungkin air mata penyesalan kot. Hohohooh! Seminggu minggu pertama exam tu jugak aku langsung takmakan. Makan pun rasa uma macam jajan-jajan sesikit je. Hahaha murung kononnya. Okay, dahlah share sikit je lah ek.

Sambung pasal anugerah tadi,……

Haa, kat situ dia ada tulis, “Pelajar dibenarkan membawa ibu bapa”. Aduhh, tetibe sedih. Family dok jauh. Dekat ayer hitam Johor sana. Tapi takpe, ayah bukan minat pun nak datang majlis-majlis camni. Bukan takminat, tapi aku tahu dan faham kenapa dia jarang datang majlis macamni. Hahaha dari dulu lagilah ayah macamni. Yang excited dalam family nak datang kalau ada majlis macamni tahu siapa? Haaa, arwah mak dengan aarwah yana(arwah kakak kedua). Diorang memang suka sangat. Bangga dengan pencapaian kitorang. Tapi sayang, dua-dua dah taka de dah. Arwah mak datang majlis anugerah ni last time UPSR. First and last lah tu. Time PMR ayah yg datang, arwah mak takdapat datang time tu. SPM? SPM takberapa cemerlang, jadi takdapat apa-apa anugerah. Huhuhuhu. STPM? Okay, ni paling sedih. STPM aku rasa aku lah manusia paling berjaya time tu! Bukan nak bangga, Cuma taksangka dengan pencapaian sendiri!. Pecah rekod sekolah pulaktu! Hohohoho! Jadi time anugerah kecemerlangan ni, aku harap sangat satu family dapat datang. Tapi sayangnya, arwah mak masatu dah takboleh nak bergerak, jalan pun dah takboleh! Masatu, ada jugaklah sampai aku sanggup nak pinjam kerusi roda kawan, semata-mata nak bawa arwah mak pergi sekolah. Tapi, ayah kata takpayah lah. Sebab susah nanti dekat sekolah. Aku pun ikut je cakap ayah. Betul jugak, kang arwah mak susah pulak nanti nak gerak, kena tinggal sesorang. Haa, okay. Gembira dalam sedih jugaklah time tu. Takde pun gambar kenangan kami yang cukup satu family.

Haa, ni dah belajar jauh, memang takde sapelah yang nak datang Majls Anugerah ni kan. Tapi, misalnya arwah yana masih ada, aku rasa mesti dia sanggup datang dari Aitam ni semata-mata untuk aku. Sebab dia yang nak sangat kitorang adik-beradik sambung belajar. Dia sanggup support kitorang walaupun gaji dia cuma cukup-cukup makan dia je. Dia yang excited kalau kitorang dapat best result. Tapi sayang, dia taksempat tengok result aku masa tingkatan 6 dulu. Hmm, takdir. Perancangan ALLAH tu lebik baik. Hehehehe, sekarang pulak arwah mak pulak yang pergi. Sorang-sorang pergi dari hidup ni. Huhuh, takpe. Ayah, kenit, adik beradik lain masih ada. Aku kena banggakan diorang yang masih ada ni! Balas jasa ayah, jasa kenit. Okay, HIDUP KENA TERUSKAN!!!


Last, belajarlah elok-elok. Jangan mudah putus asa! Bukan kita seorang je ada masalah, semua ada dugaan masing-masing. Semua tu bergantung pada diri sendiri. Nak atau taknak je. Hihihihihi.

Monday, 19 March 2018

Cara Biasa Nak Berjaya


TIPS BELAJOOOOO!

“saha, cmana kau belajar?” “saha, apa tips nak berjaya?” “macam mana nak dapat result okay ek?”

Haaaaa, disebabkan ramai yang tanya. Okay ni aku nak share cara aku. Ni gaya aku lah sejak dulu lagi. Mana nak ikut, ikut lah. Okay? Sebab aku ni pun pattern belaja last min. Belajar awal ni memang takpernah lah wujud dalam dunia belajar aku. Belajar awal tu pun bukan sebab apa, tu setakat untuk siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi. Takpun untuk siapkan tugasan yang ada. Kat bawah ni ada beberapa tips yang aku amalkan dulu-dulu sampailah sekarang:

Fokus 100% dalam kelas
Dalam kelas, kita memang kena fokus 100%. Sebab apa? Haa, klau kita fokus, senang kita nak dapat apa yang cikgu atau lect sampaikan. Kena dengar bebetul. Janganlah time tengah kelas, kau main telefon lah, bual dengan kawanlah, main game ke, main ngumpat-ngumpat tulis kat kertas ke hahahahhaha (sebab aku pun pernah buat). Fokus tu penting! Bila dah dapat ilmu yang nak disampaikan tu, senanglah kita untuk belajar benda seterusnya. Ha takdelah ketinggalan.

Belajar last minit
Kalau ikut cara aku, haa aku memang suka belajar last minit. Seminggu nak exam, time tulah baru nak cari nota, baru nak buat nota, nak print nota. Kira semuanya time tu lah. Hahahahhahah belajar last minit ni kononnya lagi mudah nak ingat. Kalau belajar awal-awal karang takut lupa pulak apa yang kita dah belajar (alasan je tu, malas  sebenarnya). Belajar last min ni kena struggle sikit lah. Eh struggle banyak. Sebab nak catch up semua benda dalam tempoh masa yang singkat. Nanti mulalah wujud rasa menyesal sebab tak belajar awal-awal. Memang berlaku pun benda ni setiap kali nak exam. Lepastu stress, nanges sebab menyesal. Hahahahaah! Macam tulah aku setiap kali nak exam.

Latihan
Ketiga, untuk mudah belajar, kita mesti lebihkan buat latihan. Sebab? Melalui latihan, kita boleh faham dan tahu bentuk bentuk soalan yang akan ditanya. Jadi, bila dah terbiasa dengan pelbagai bentuk soalan, mudahlah kita nak jawab exam. Latihan ni pun sebenarnya ajar kita dari buat kesalahan. Biasalah, takcuba taktahu. Hah! Nak buat latihan tu, cari lah latihan yang ada sediakan jawapan, lebih bagus kalau ada yang lengkap dengan jalan kerja sekali. Lelagi untuk subjek yang banyak kira-kira. Bukan suruh untuk tiru jawapan! Jangan sesekali tiru! Cuma, bila ada jawapan, kita boleh semak sama ada latihan yang kita buat tu betul atau tak. Takpayah Tanya cikgu, tunggu jawapan. Tengok je terus jawapan buku tu. Bila takfaham, haaa barulah boleh tanya cikgu.

Jangan kedekut ilmu
Ni pun penting jugak tau. Bila kita dah dapat sesuatu ilmu, kawan lain pulak ada yang tertinggal. Janganlah abaikan diorang. Tolong, bantu dorang. Sampailah dorang dapat faham sepenuhnya. Haaa, kawan yang takfaham tu pulak, janganlah terlalu banyak tanya, kang fedap pulak kawan nak ajar nanti. Apa yang penting, janganlah kedekut ilmu, okay?

Doa mak ayah
Okay, macam biasalah. Benda paling penting dalam kejayaan seseorang ni, doa mak ayah. Haaa, selalulah mintak mak ayah doakan kejayaan korang. Bukan minta doa je, jagalah diorang bebaik. Sesibuk mana kita kejar nak berjaya, jangan sesekali abaikan diorang ni tau. Jangan lupa jasa dorang kalau kita dah berjaya nanti. Rebutlah peluang jaga mak ayah kalau diorang makin berusia nanti, masa diorang sakit ke. Haaa, barulah hidup diberkati.

Rasanya tu je kot tips belajar aku. Hahahahha, mana yang nak ikut, ikut lahh. Cuma tips aku ni agak berisiko sikit lah lelagi yang belajar last minit tu. Mana yang nak try, try lah. Kotkot berhasil ke. Huhuhuhuhhu. Okay;ah, tu je. Sekian.

Thursday, 15 March 2018

Semmmm Duuaaa!


Balik kampung!

Hai! Minggu ni dah masuk minggu ke enam untuk semester 2 sesi 2017/2018. Hahahahaha, lambat lagi ek nak abeskan sampai ke semester 2, tahun 3. Huhuhuhuhuhu! Kejap je masa berjalan, lagi seminggu lebih, dah nak cuti midsem. Yeayyyy! Taksabar nak balik kampung, cuti seminggu.

Cuti pun cuti jugak. Assignment banyak lagi menunggu. Blog ni pun sentiasa menunggu. Haaaa, exam untuk midterm lagi. Jadi cuti ni tak boleh nak enjoy sangat lah kan. Sedar diri sikit selagi masih bergelar pelajar.

Dah masuk minggu 6 ni, serius ek aku macam taktahu apa-apa. Seolah-olah macam tak faham apa pun yang aku belajar untuk subjek sem dua ni. Hahahhaha. Bagi aku, subjek sem dua ni semua mencabar. Lelagi akaun. Hahhh, bayangkanlah basic akaun form 4, form 5 langsung takde. Tetibe masuk u, kena belajar benda alah tu. Stress jugaklah, sebab kengkawan lain memasing dah pro. Bila lect bagi soalan, laju je jawab. Yang aku ni? Hahahaha blur memanjang. Tapi takpelah, jangan jadikan semua tu alasan. Kita cuba slow slow. Kakak aku yang dulunya langsung takde basic akaun je boleh buat, kenapa aku tak boleh kan? Hahahahaha Cuma rajin atau malas je nak usaha. Tapi pattern aku ni, memang mudah fedap. Mudah patah semangat kalau takdapat apa yang aku nak. Tapi, malas-malas tu pun tetap usaha jugak. Cuma last minit. Hahahhahah!

Subjek makro setakat ni masih boleh bawak lagi. Hahhh, Cuma banyak formula yang bebetul kena ingat dan fahamkan lah. Subjek komunikasi akademik setakat ni pun masih okay. Aplikasi computer? Haaaa, lagi lah best! Sebab banyak benda baru yang aku dapat melalui subjek ni. Lelagi masa buat excel. Hahahahaha macam banyak betu keajaiban berlaku. Mudah je semua. Dulu aku takpernah tahu pun nak buat excel ni senang je kalau kita tahu nak guna. Takpayah nak buat sesatu, semuanya auto je! Terima kasih dr ajar kitorang!

Untuk subjek asas keusahawanan dan inovasi? Hohohhohohoh, ni macam slow sikit lah sebab kitorang nak kena bincang macam mana nak pasarkan sesuatu produk baru untuk pelanggan. Siapa target kita, pengurusan wang dia cmana, pengurusan pemasaran , kira semua lah kena tahu. Seolah-olah macam betul-betul nak hasilkan produk baru.

Okay last. Subjek statistic. Hahahahhaha ni lagi lawak. Tadi time kelas, tetibe je lect cakap nak habiskan topic 6 dan 7, then next class bincang latihan. Haaaaa! Ni lagi pelik, tetibe je dah abes belajar. Apa yang aku belajar selama ni? Kenapa tetibe dah topic last? Hahaha ya Allah, teruknya aku sem ni. Banyak mainnya daripada belajarnya. Hahhaha tapi takpe, exam lama lagiiii. Huhuh!

Okayyyy, dah tu je nak share pasal subjek semester 2.

Taksabar nak balik kampung hujung bulan Mac ni. Hihihihihihi!

Monday, 12 March 2018

Hargai Selagi Masih Ada


Assalamualaikum sekali lagi!

Kalini rasa macam rajin pulak nak sambung cerita pasal arwah mak masatu.

Okay, kita sambung kisah masatu terus lah ek.

Malamtu, aku tidur awal kononnya kepenatan naik bas dari ayer hitam ke Kuala Lumpur, then turun ke UKM semula. Masatu 4 September, pendaftaran awal untuk subjek semester 1. Hah lagipun time tu, server down sebab ramai sangat yang nak daftar subjek kan, aku nak sign in punya lah susah time tu. Aku pun tidur jelah terus. Dalam pukul 1 pagi camtu, aku dah tidur. Okay, tengah sedap2nya tidur, tetibe telefon berbunyi (aku pun taktahu sejak bila aku tak silent telefon, sebab sebelum ni telefon aku memang silent je memanjang).

Tanpa tengok nama orang yang call tu, aku terus angkat telefon tu dengan mamai-mamai nya aku jawab. HHAHAHAHAHAHA! Aku terkejut kenapa dia cakap sambil menangis? Time ni aku tak ingat apa-apa pun, tak ingat pun mak kat hospital.

“lin, kau katmana? Lin, mak dah takde. Mak dah meninggal pukul 2 lebih tadi”

Haaaaaaaa, dapat bayangkan tak aku macam mana time tu? Ulang kali aku Tanya kat adik, betulke? Betul ke mak takde? Aku dekat Bangi, mak kat Batu Pahat, aku baru je balik dari ayer hitam. Hahahahahha, masatu aku Cuma terdiam, aku nak nanges pun takboleh. Aku pun taktahu kenapa aku takboleh nak keluarkan air mata tu. Taklama tu, aku kejut rumet aku, bagitahu yang mak dah takde. Dia pun terkejut. Tapi masalahnya kenapa aku tak menangis terus masatu?

Taklama tu, adik ada amek gambar arwah mak. Dia cakap, betul mak dah takde. Mak meninggal pukul 2:35 pagi. Hahhh, masatu lah aku baru start menangis.

Okay, aku redha dan percaya mak dah dijemput Allah pagi tu.

Next, masatu masih awal sem lagi. Aku taktahu pun macamana nak kemana-mana dalam universiti ni. Aku taktahu macam mana nak pergi ke TBS pagi tu jugak. Bas macam mana? Tiket bas?
Aku terus chat Shuda, kawan satu sekolah dulu, dia pun belajar dekat UKM. Dia pun taktahu. Cuma dia nasihatkan supaya aku contact senior atau PC aku masa minggu MMM masatu, dia pun ada tolong checkan tiket. Tiket paling awal 8 pagi. Okay, lepas dah chat akak senior tu, Alhamdulillah Allah permudahkan. Senior tu pun memang nak ke tbs, jadi dia pun tumpangkan aku untuk kesana.

Lepas tu, aku menanges tak henti henti. Aku contact semua makcik pakcik family arwah bagitahu mak dah meninggal dunia. Taklupa jugak, aku bagitahu dekat semua kengkawan aku. Hahahahahha tapi masatu pepagi buta, takde sape weh yang layan aku. Memang meroyan lah aku time tu. Dekat dua tiga jam nanges, aku tengok rumet aku tengah daftar subjek. Aku tengok dia boleh sign in. Jadi, dengan tabahnya, aku pun ikut dia daftar time tu jugak. Aku berhenti sekejap fikir pasal arwah mak. “ kalau aku terus nangis, aku bukan boleh dapat apa. Ajal mak dah sampai. Ada masa ni, lebih baik aku daftar subjek dulu, sebab nanti dah kat rumah, konfem taksempat”. Dalam sedih2 macamtu, aku sempat lagi ek fikir pasal benda lain. Hahahahaha!

Okay, sampai pagi tu jugaklah aku taktidur. Aku solat subuh, sesiap then tunggu akak senior tu untuk ke tbs. Tiket paling awal pukul 8. Aku fikir sempat, rupanya ukm ke tbs amek masa setengah jam lebih, dalam 45 minit macamtu. Then, sampailah ke tbs, aku dapat tiket bas 8:30 a.m. Bas pulak delayed, 8:45 am aku baru naik bas. Hahahahahahaha dekat tbs ni pun aku melalak sesorang weh. Aku takfikir orang dah, lantak sana. Mungkin ada yang faham kenapa aku macamtu.

Pada masa sama, aku jugak pesan dekat family kat kampung untuk tunggu aku. Kl ke ayer hitam amek masa 3 jam. Jadi, aku harap sangat aku sempat jumpa arwah mak buat kali terakhir. Aku nak cium arwah mak buat kali terakhir, nak pegang mak, nak tengok muka mak dibungkus dengan kain kapan. Masatu kakak yang belajar dekat Seremban pun bergegas balik. Tapi, dia dah sampai awal. Kawan dia yang hantar sampai ke ayer hitam. Aku naik bas, jadi lambat sikit.

Masatu, aku rasa bas tu gerak lambat sangat. Dalam hati, aku sempat lagi sumpah seranah pakcik bas tu. Hahahahhaha, taklama tu, dia boleh pulak berhenti dekat RNR. Berhenti kalau kejap takpe jugak, ni lamanya Subhanallah. Aku dah tak boleh nak tunggu lagi, aku terus duduk dekat tangga bas sebelah seat driver tu, dengan mata bengkak, merahnya, muka langsung taksenyum, aku cakap kat pakcik tu “pakcik, lama lagi tak nak sampai aitam?,” “dalam pukul 11:30 macamtu sampailah aitam”

“pakcik, cepat sikit boleh? Mak saya meninggal, nak kebumi kejap lagi, laju sikit boleh, saya takut taksempat jumpa mak saya”

“lah, innalillah, okayokay”
Dalam perjalanan, kakak ada jugak Tanya dah sampai mana, sampai mana. Jiran pun ada yang mesej. Tapi semuanya mengecewakan. Masing2 suruh cepat. Macam mana nak cepat? Bukan aku yang bawa bas tu.

Taklama lepastu, kakak ws “jenazah mak dah sampai kat rumah, kejap lagi mak nak disolatkan”. Aku harap sangat masatu jenazah arwah mak lama dekat rumah. Bagi lah aku peluang untuk tengok mak buat kali terakhir. Kawan pulak chat “saha kat mana? Arwah mak kau tengah disolatkan” aku ws kakak aku, pesan dekat ayah, tunggu aku dulu sebelum kebumikan jenazah arwah mak. “cepat sikit, mak dah di bawa ke tanah kubur” okay, time ni aku rasa peluang aku untuk tengok mak agak tipis.
Last-last aku terpaksa jugak cakap “takpelah, kebumikan jelah, takpayah tunggu aku. Aku lama lagi, kesian pulak tunggu lelama. Tapi kalau boleh tunggu lah aku, aku nak tengok makkkkk!”

Tanah perkuburan kampung tu sebelah highway je. Jadi dalam perjalanan aku balik tu, aku nampak ramai sangat orang time tu. Harap sangat time tu mak belum di kebumi lagi. Beberapa minit kemudian, aku sampai jugak kat aitam. Kawan aku yang amek aku masatu. Aku suruh dia bawak lelaju pergi kubur, mungkin ada harapan aku dapat tengok arwah mak. Sebab tadi kat highway mungkin mak baru dimasukkan, kot kot aku sempat tengok, walaupun sikit, walaupun Cuma kain putih tu je.

Taklama lepastu, aku sampai di simpang masuk ke tanah perkuburan, aku berselisih dengan orang kampung. Kenapa semua dah balik? Semua dah selesai ke? Semua dah siap? Harapan aku nak tengok mak? Semua taksempat lah ni? Aku ternanges semula. Dapat bayangkan tak? Aku jugak nampak adik beradik aku semua dah balik dari kubur. Aku teruskan aje perjalanan ke kubur.

Okayyy, tanah kubur memang dah kosong, dah takde orang dah. Ayah semua dah balik. Kenapa cepat sangat? Hahahahhaa, kenapa taktunggu aku? Dalam hati ni, tipu lah kan kalau tak terkilan. Aku pergi jugak tengok rumah baru arwah mak. Kubur arwah mak betul betul sebelah kubur arwah kakak (2 tahun lepas), sebelah-sebelah je rumah diorang.

Selepas beberapa minit, sedekah Alfatihah apa semua, aku ajak kawan balik. Sampai je dekat rumah, tetamu makin kurang, tinggal sedara mara je yang ada. Aku terus cari adik beradik aku. Hmmm, aku terketawa time tu, sebab kitorang takpernah nanges sesame. Tapi masa ni, masing masing mata merah. Aku jumpa ayah, ayah cakap “takpe lah lin, takdapat jumpa mak, dah takdir”. Aku rasa mungkin ayah takut aku marah sebab taktunngu aku kot. Sebabtu ayah cakap macamtu.

Hari berlalu dan terus berlalu. Arwah mak dengan arwah yana sentiasa di ingatan. Semoga kalian ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin. Aku pun agak susah nak move on. Hari-hari update status wassap pasal mak. Kadang sampai sekarang pun masih terfikir, kenapa takde orang yang nak amek aku dekat ukm masatu? Kalau tak, dapatlah aku jumpa arwah mak buat kali yang terakhir. Hahahhaha, takpelah. Ni dah bahagian aku. Okay, the endddd……..


Wednesday, 7 March 2018

Raya Pertama Kami



Assalamualaikum, okay kalini nak cerita pasal raya tahun lepas pulak lahh ek.

Nak ceritanya, tahun lepas aku terlalu excited nak tunggu raya Aidilfitri sampai. Entah kenapa pun, aku taktahu. Tapi mungkin sebab tahun lepas aku kerja (sementara tunggu panggilan masuk universiti), duit sendiri ada, jadi belanja barang raya semua sendiri. Hahh, bayangkanlah, time raya tahun lepas, ayah langsung takkeluarkan duit untuk raya. Semuanya aku support cuma baju raya adik 2 orang tu jelah diorang guna duit sendiri. Baju raya arwah mak, ayah, kakak dan adik paling last aku yang support. Hahahaha, baik kan? Cehh, kalau tak bila lagi kan boleh belanja dorang?

Puasa tahun lepas pun merupakan pertama kali aku puasa tak sama-sama dengan family, sebab kerja. Buka puasa pun dekat kedai. Tapi semua tu pengalaman yang best. Hahaha, setiap petang amek turn dengan staff lain beli makanan untuk buka puasa. Nasib baik bazaar dekat je dengan kedai. Dengan bawak bakul besar(bakul merah tarik yang biasa ada dekat pasaraya tu). Hahh, lagi satu, tahun ni pun puasa jauh dari family sebab dah sambung belajooo! Huhuhuhuhu.

Makin hari, semakin dekat dengan raya. Aku excited betul! Aku tanya arwah mak, nak tukar langsir tak?, hahahahaha mak-mak mana kan taksuka langsir baru? Jadi pagi rabu tu aku pergilah cari langsir baru dekat pasar rabu di Ayer Hitam. Duit keluar macam air dah masatu. Tapi aku happy sebab dapat belikan langsir baru untuk arwah mak. Mesti arwah mak suka.

Okay, langsir dah. Sekarang cari baju raya pulak. Macam biasalah, kitorang memang akan cari baju raya hujung-hujung puasa pastu setiap tahun memang akan cari dekat Expo Parit Raja sebab dekat dekat je. Hahahahaha ingat lagi masatu, dua tiga kali jugak kitorang datang tukar baju. Tukar sebab warna lah, size lah, design lain lah. Last-last kitorang beli baju macam kat gambar atas tu. Muehehehehe, nasib baik pakcik tu sporting, bagi je kitorang tukar banyak kali.

Langsir dah, baju raya dah, and last sekali KUIH RAYA! Hahhh, setiap tahun kitorang memang akan beli. Takpernah buat sebab takde oven. Takde lah kuih mana pun. Biasanya ayah pilih kekacang dengan keropok je. Rempeyek pun dah lama takbuat, sebab arwah mak dah takboleh buat pape time tu. Jadi kitorang pun takbuat. Hah, susah jugaklah nak cari kuih raya ni. Nak kena round dulu, banding harga. Sebab ada tempat yang jual mahal, ada yang jual murah. Jadi, kena rajin berjalan lah. Hehe.

Akhirnya, semua dah siap!


Tahu tak kenapa gambar raya kitorang berempat je? Sepatutnya 9 orang tau kalau termasuk Kenit. Huhuhuhuhhuuh

Lagi dua hari nak raya, kitorang terpaksa pergi hospital. Sebab time ni luka dekat belakang badan arwah mak makin besar&teruk. Rasa tak apa yang kitorang rasa? Heheheh, takpelah kitorang dah biasa. Lagipun tahun lepas hospital tu dah macam rumah kedua kitorang dah. Kakak sulung dengan adik ganti-ganti jaga arwah mak. Sebab masatu aku takdapat cuti. Dah dekat raya kan, boss mana je bagi cuti?

Raya first kitorang sunyi sepi. Biasa setiap pagi raya ayah akan buat ayam masak rendang, rebus ketupat dan sebagainya. Tapi raya tahun lepas ayah memang takde mood. Baju raya yang aku belikan pun ayah takpakai. Aku terkilan jugak lah masatu sebab ayah taknak pakai baju yang aku belikan. Hah, pagi raya macam biasalah, kitorang pergi kubur arwah kakak kedua aku, Sazareenanazua (tahun lepas ni tahun kedua kitorang raya tanpa dia). Arwah mak dekat hospital, kakak kedua pulak dah takde, adik dengan ayah jaga mak. Jadi tinggallah empat orang masa hari raya pertama tu. Sebabtu gambar raya kitorang empat adik-beradik je.

Petang tu, kitorang pulak gantian tengok arwah emak dekat hospital. Sedih weh, raya pertama kitorang dekat hospital. Mungkin Allah dah bagi tanda yang tahun ni kitorang memang takkan beraya lagi dengan arwah emak. Raya haji tahun lepas, mak dijemput Allah balik ke tempat asal yang lebih tenang dan kekal. Alfatihah buat arwah emak dengan arwah yana. Tahun ni raya kitorang semakin berkurang lah ahli keluarga.

Sekian.

Monday, 5 March 2018

HecTIc WEek


Hai! Haaaa okay nak cerita minggu selepas midsem!

Macam biasalah kan, lepas midsem memasing sibuk, stress sana, stress sini, sibuk nya macam apa dah. Dengan assignment lagi, presentation nya lain, midterm nya lagi, program entah apa-apa lah. Hahahahahaha. Lumrah student.




Dah besar ni, kena pandai urus masa sendiri. Takboleh nak main-main dah. Nanti stress sendiri, murung, masalah makin menimbun, kerja taksiap. Okay, yang penting, JANGAN TANGGUH KERJA, ada kerja siapkan je terus, takpayah tunggu-tunggu lagi okay? Kita dah jadi pelajar u ni, semua urus sendiri, takde lagi dah cikgu-cikgu yang nak pantau. Huhuuhuhuhuhuhu! So, goodluck dearself!


Kawan

Assalamualaikum semua!  Post akhir mungkin.... Okay, post akhir ni aku akhiri dengan kisah tentang kengkawan aku yang ada dengan...